Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang pengarah daripada sebuah syarikat Malaysia yang terkenal. Salah satu topik yang kami bincangkan ialah Ejen AI untuk PKS.
Kami bersetuju bahawa 2026 menandakan permulaan era Ejen AI untuk perniagaan biasa, khususnya apa yang saya gelar sebagai PKS jalanan.
Dahulu, hanya syarikat besar yang mampu menggaji seorang Pengurus IT, malah membentuk pasukan khusus untuk IT, PR, multimedia, data dan automasi.
Kini, PKS kecil juga boleh mendapatkan keupayaan yang hampir sama melalui Ejen AI.
Dalam konteks AINNA, sebuah server boleh menelan kos sekitar RM100 setahun, manakala penggunaan LLM berasaskan sesi pula boleh bermula secara percuma hingga sekitar RM80 bergantung pada penggunaan.
Ini bermakna PKS kecil juga boleh memiliki Ejen AI yang membantu dalam IT, pemasaran, kewangan, khidmat pelanggan, kandungan dan operasi.
Apa yang dahulu memerlukan sebuah jabatan kini boleh dicapai oleh PKS jalanan pada kos yang sangat rendah.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
Hujah pasal 2026 ni munasabah dan kemas.
This is where manakala penggunaan LLM berasaskan sesi finally clicks.
Bookmarked, mainly for menelan kos sekitar RM100.
我喜欢2026这部分,因为它讲得比较务实。
I read this twice. Kami bersetuju bahawa 2026 menandakan is the part that stuck.
Good to finally see malah membentuk pasukan khusus untuk set out this clearly.