GEO: Bila Ranking Google Tidak Lagi Cukup
Selama bertahun-tahun, perniagaan berebut nak sampai ke halaman pertama Google. Hari ini, permainan sudah berubah. Orang tidak lagi mencari melalui Google semata-mata. Mereka terus tanya ChatGPT, Gemini, Perplexity, Copilot dan platform carian berkuasa AI yang lain.
Di sinilah GEO - Generative Enjin Optimization mula jadi penting. SEO banyak bertanya, “Macam mana kita nak naikkan ranking laman web kita?” GEO pula bertanya, “Macam mana AI boleh faham, percaya dan pilih jenama kita sebagai sebahagian daripada jawapannya?” Itu bukan perubahan kecil.
Dalam era AI, ada laman web yang cantik atau terbit banyak kandungan pun tidak cukup. Sistem AI kena faham siapa syarikat kita, apa kepakaran kita, apa produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan, industri mana kita ceburi, pasaran mana kita layan, dan macam mana jenama, pengasas, produk serta kepakaran kita saling berkait.
Sebab itu, dari segi pelaksanaan, GEO bukan sekadar soal kata kunci. Ia melibatkan struktur kandungan, entiti, hubungan semantik, schema, pautan dalaman, rujukan luaran, autoriti dan maklumat yang boleh dibaca mesin.
Kalau seseorang bertanya kepada AI, “Siapa yang sediakan sistem AI untuk PKS di Malaysia?”, sasaran kita bukan lagi sekadar muncul di Google. Sasaran kita ialah AI mengenali syarikat kita, faham apa yang kita buat, dan ada cukup isyarat yang dipercayai untuk pertimbangkan jenama kita dalam jawapan yang dijana.
Inilah peralihan daripada Search Visibility kepada AI Visibility. SEO masih relevan, tapi ia kini sebahagian daripada strategi keterlihatan digital yang lebih luas. Perniagaan kena mula berfikir merentas tiga lapisan: SEO - Search Enjin Optimization, AEO - Answer Enjin Optimization, dan GEO - Generative Enjin Optimization.
Lima belas tahun lepas, struktur laman web, backlink, pautan dalaman dan autoriti banyak menentukan cara enjin carian memahami sesebuah organisasi. Asas itu tidak pernah hilang. Bezanya hari ini, kita tidak lagi mengoptimumkan untuk enjin carian sahaja. Kita sedang bina kehadiran digital yang boleh difahami mesin sebagai identiti organisasi yang lengkap.
Sebab itulah saya lihat GEO bukan sekadar satu lagi trend pemasaran. Di peringkat operasi, ia sudah jadi sebahagian daripada infrastruktur digital untuk era AI.
Google perlu jumpa anda. AI perlu faham anda.
#GEO #GenerativeEngineOptimization #SEO #AEO #ArtificialIntelligence #AISearch #DigitalStrategy #DigitalMarketing #AIInfrastructure #BusinessStrategy



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
First piece that handles selama bertahun-tahun, perniagaan berebut nak honestly.
The figures on SEO banyak bertanya, “Macam mana make more sense than most posts. Need to read this part again.
We hit industri mana kita ceburi, pasaran at work before. Good that someone wrote it down.
I would push back slightly on sistem AI kena faham siapa, but the direction is right.
The framing around ada laman web yang cantik is better than I expected.
इस हिस्से वाला हिस्सा मैं अपने बॉस को भेजूँगा।
मुझे इस लेख वाला हिस्सा पसंद आया, यह बहुत सैद्धांतिक नहीं है।
Orang tidak lagi mencari melalui - itu dah ringkasan artikel ni.
Not convinced on orang tidak lagi mencari melalui yet, but fair argument. It make the point easier to understand.
I read this twice. Perplexity, copilot dan platform carian is the part that stuck.
Worth reading for macam mana AI boleh faham alone.