Setiap kali AINNA bekerja bersama pemilik perniagaan di Malaysia, satu pengajaran menjadi semakin jelas: jangan mulakan dengan memberi arahan terperinci kepada AI. Mulakan dengan meminta AI memberi gambaran apa yang ia nampak dalam operasi perniagaan anda. Kebanyakan masa, kita sudah tahu hasil yang mahu dicapai-lebih jualan, lebih cekap, lebih sedikit pembaziran. Tetapi apabila kita terlalu awal memberi arahan detail, kita sebenarnya memaksa AI mengikut cara lama kita berfikir. Hasilnya mungkin sama, tetapi prosesnya menjadi kaku, rumit, atau tidak cekap.
Di AINNA, kami biasanya mulakan dengan satu soalan mudah kepada AI: “Beritahu saya apa yang awak nampak, apa yang kurang optimum, dan apa cadangan awak.” Barulah kami memutuskan perkara mana yang patut dilaksanakan. Pendekatan ini mengubah peranan AI daripada sekadar pengikut arahan menjadi rakan penyelesaian masalah. Ia mampu mengenal pasti langkah berlebihan, proses yang bertindih, peluang automasi yang lebih baik, risiko yang terlepas pandang, atau cara lebih mudah untuk mencapai hasil yang sama-sesuatu yang amat bernilai untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin berkembang tanpa membesarkan operasi secara tidak perlu.
Kerangka kerja yang kami semakin gunakan di AINNA adalah ringkas: perhati, diagnose, cadangkan, cabar, dan laksana. Mula-mula, biarkan AI memahami persekitaran perniagaan anda. Kemudian biarkan IA mengenal pasti ketidakcekapan, mencadangkan penambahbaikan, mencabar pendekatan sedia ada, dan hanya selepas itu kita bergerak ke fasa pelaksanaan.
Salah satu kesilapan besar apabila menggunakan AI dalam perniagaan ialah anggapan bahawa prompting yang lebih baik bermaksud memberi lebih banyak arahan. Kadangkala, prompting yang lebih baik bermaksud memberi AI ruang mencari jalan yang lebih baik. Objektif perniagaan mesti kekal jelas-contohnya mengurangkan kos, mempercepatkan respons pelanggan, atau meningkatkan ketepatan stok-tetapi kaedahnya tidak semestinya perlu datang daripada kita.
Di situlah AI menjadi benar-benar berguna buat perniagaan Malaysia-bukan sekadar mengautomasi kerja, tetapi membantu mereka bentuk semula cara kerja itu sepatutnya dilakukan. Itulah yang kami usahakan di AINNA: membantu pelanggan kami melihat peluang yang mungkin terlepas pandang, dan membina penyelesaian yang benar-benar selari dengan matlamat perniagaan mereka.
#AI #AIAgents #AgenticAI #Automasi #DigitalTransformation #AIProductivity #BusinessStrategy #NeuralOps



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
第一次看到有人把这段说明讲得这么坦白。
Worth reading for pendekatan ini mengubah peranan AI alone.
Useful. We are dealing with kita sebenarnya memaksa AI mengikut right now.
Read this twice. satu pengajaran menjadi semakin jelas is what stayed with me.
Not fully sold on jangan mulakan dengan memberi arahan, but the rest is solid.
Saya suka bagian setiap kali AINNA bekerja bersama karena tidak terlalu teoretis. Sepertinya harus saya baca ulang.