AI Ejenik Macam Jin Aladdin. 🧞♂️
Bayangkan ada Jin Aladdin yang boleh tunaikan hampir apa sahaja permintaan.
Kebanyakan orang akan minta emas, duit, atau kekayaan. Tapi setiap kali perlukan sesuatu, kena panggil Jin tu semula.
Orang yang lebih bijak akan buat permintaan yang berbeza.
"Bina satu sistem yang boleh jana emas secara berterusan, supaya aku tak perlu panggil kau lagi."
Macam tu juga saya nampak potensi sebenar AI Ejenik.
Hari ini, ramai masih guna AI cara tradisional. Tanya soalan, dapat jawapan. Bagi arahan, dapat hasil. Esok, ulang proses yang sama.
Tapi dengan arahan dan seni bina yang betul, AI boleh bina sistem yang laksana tugasan berulang, ikut peraturan keputusan, pantau operasi, dan jana hasil secara berterusan tanpa perlu minta AI lagi.
Di AINNA, kami guna falsafah ini melalui NeuralOps - Smart Routing, Specialised Parsers, dan Sistem Berasingan.
Pendekatan kami dah capai satu milestone penting.
Dua teknologi AINNA dah capai Teknologi Readiness Level 9 (TRL 9), tahap kematangan teknologi tertinggi, melalui penilaian MOSTI:
Sistem AINNA NeuralOps - Infrastruktur AI Ejenik untuk automasi, orkestrasi, dan pengoptimuman sumber AI.
Penyata Kewangan for Street PKS - Teknologi yang bantu PKS transformasi rekod transaksi kewangan kepada penyata kewangan berstruktur.
TRL 9 bermaksud teknologi yang dah terbukti dalam persekitaran operasi sebenar, bukan sekadar prototaip atau demo proof-of-concept.
Objektif kami bukan nak buat AI kerja lebih kuat.
Objektif kami adalah nak jadikan AI kurang diperlukan untuk ulang kerja yang sama.
Bila satu proses boleh dilaksanakan dengan reliable oleh sistem khusus, tak ada alasan untuk terus makan token LLM bagi operasi berulang yang sama.
Kami guna AI untuk bangunkan intelligence, lepas tu tukar intelligence tu jadi infrastruktur.
Itulah bezanya antara ada Jin yang kena selalu panggil dan ada sistem yang terus jana nilai walaupun Jin dah tak ada.
Dalam era AI Ejenik, mungkin permintaan paling bernilai bukan minta AI laksana 1,000 tugasan.
Tapi minta AI bina satu sistem yang boleh laksana tugasan tu 1,000 kali tanpa perlu diminta lagi.
AI terbaik bukan yang selalu kita panggil. Tapi yang bina sesuatu yang kita tak perlu panggil lagi.
#AgenticAI #AINNA #NeuralOps #TRL9 #MOSTI #AIAutomasi #AIInfrastruktur #DigitalTransformation



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
Saya baca dua kali. AI ejenik macam jin aladdin yang paling melekat.
简单直接。这部分就能说明问题。
Sent this to two people already. Tapi setiap kali perlukan sesuatu is why.