Pusat Data Bukan Lagi Sekadar Gudang: Nilai Strategik Terletak pada Kuasa Pemprosesan✎ Edit

👁 945 tontonan
Pusat Data Bukan Lagi Sekadar Gudang: Nilai Strategik Terletak pada Kuasa Pemprosesan

Dari sudut operasi e-dagang, pusat data dahulu dipandang lebih kepada gudang data - tempat untuk menyimpan pangkalan data, backup, laman web dan pelayan. Dalam erti kata lain, ia umpama gudang fizikal yang penuh dengan inventori tetapi proses pesanan masih manual. Tapi dengan AI, definisi itu dah berubah. Kini nilai strategik pusat data lebih kepada keupayaan pemprosesan, bukan sekadar storan.

Inference AI, model serving, analitik, automasi, simulasi dan bebanan kerja agentik semua bergantung kepada komputasi. Dalam konteks itu, pusat data moden perlu dilihat sebagai infrastruktur pemprosesan digital - sama seperti pusat pemprosesan pesanan yang menggerakkan jualan marketplace.

Kalau nak ambil analogi mudah, lihat saja operasi marketplace. Mekanisme nilainya bukan komputer sekadar menyimpan senarai produk atau katalog, tetapi pada kerja pemprosesan yang dilakukan oleh rangkaian sistem - order, bayaran, logistik dan personalisasi. AI memang tujuannya lain, tapi prinsip asasnya sama: kuasa pemprosesan ada nilai ekonomi.

Dan kuasa pemprosesan ini menggunakan sumber tempatan yang nyata - elektrik, penyejukan, GPU, rangkaian, tanah dan infrastruktur. Jadi soalan negara yang penting bukan lagi hanya, “Berapa banyak data yang boleh kita simpan?”, tetapi juga, “Berapa banyak komputasi yang boleh kita proses dan kawal sendiri?”

Di sinilah pihak perumus dasar perlu lebih berhati-hati bila membawa masuk pelaburan pusat data berskala besar. Jika kemudahan ini menggunakan sumber negara yang besar, Malaysia tidak patut hanya mendapat manfaat dari sewa tanah, pembinaan, pekerjaan atau jualan elektrik. Perlu juga ada peruntukan strategik kapasiti komputasi untuk negara sendiri.

Sebahagian dari kapasiti itu perlu diperuntukkan untuk memperkukuh syarikat AI tempatan, universiti, PKS, bebanan kerja kerajaan dan penyelidikan negara. Kalau tidak, kita berisiko menyediakan tanah, kuasa, penyejukan dan infrastruktur, sementara sebahagian besar keupayaan pemprosesan yang bernilai itu digunakan untuk bebanan kerja luar.

Ini juga matlamat di sebalik AINNA NeuralOps. Kami tidak terlalu memikirkan tentang memiliki storan. Apa yang lebih penting ialah akhirnya memiliki kuasa pemprosesan sendiri - keupayaan untuk menjalankan ejen AI, LLM tempatan, inference dan automasi perniagaan, dari urusan SKU sehingga sokongan pelanggan, pada infrastruktur yang kami kawal. Ambisi kami bukan untuk memiliki lebih banyak storan. Ambisi kami adalah untuk memiliki kuasa pemprosesan di sebalik ekonomi AI.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Miguel Philippines

Pinag-iisipan ko pa ang bahaging ito.

Liza Philippines

Still thinking about kini nilai strategik pusat data.

Omar United Arab Emirates

sama seperti pusat pemprosesan pesanan - that is the whole thing in one line.

Layla Jordan

Useful. We are dealing with lihat saja operasi marketplace right now.

Artificial Intelligence

Article image
BioResearch Kecerdasan penyelidikan mikrobiologi dan penyakit kanser 6 inputs → traceable research priorities Terokai →
SmartCity Infrastruktur dan operasi bandar pintar berkuasa AI 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
PKS AI Bina keupayaan kecerdasan buatan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) anda sendiri. 6 build tracks → in-house capability Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic Artificial Intelligence Author profile Haiqal AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

16 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.