Patutkah Penjual Online Lapor Jualan Kasar atau Wang Sebenar Masuk Akaun?✎ Edit

👁 1.5k tontonan
Patutkah Penjual Online Lapor Jualan Kasar atau Wang Sebenar Masuk Akaun?


Sebagai orang yang setiap hari menguruskan operasi marketplace, ada satu persoalan yang sentiasa muncul dalam perbincangan dengan seller-seller: kita patut declare pendapatan perniagaan ikut gross sales yang dipaparkan pada dashboard platform, atau ikut jumlah sebenar yang masuk ke akaun bank?

Jurang antara dua nombor ini makin besar dan tidak boleh dianggap remeh. Setiap settlement report penuh dengan potongan - komisen platform, transaction fee, voucher subsidi, affiliate commission, refund customer, return barang, dan lain-lain deduction. Hasilnya, gross sales yang nampak tinggi dalam dashboard tidak mencerminkan cash sebenar yang sampai ke tangan perniagaan.

Dari pengalaman mengendalikan operasi e-commerce di AINNA, saya nampak dengan jelas: bergantung semata-mata kepada gross platform figure akan membawa kepada laporan pendapatan yang tidak mencerminkan realiti perniagaan. Untuk penjual kecil dan sederhana, menggunakan bank-in cash statement jauh lebih praktikal dan telus.

Masalah besar yang dihadapi sekarang ialah proses reconcile antara accrued platform report dengan bank statement sudah menjadi terlalu kompleks dan makan masa. Sebagai entrepreneur, masa yang berharga sepatutnya digunakan untuk optimize listing, manage inventory, dan cari SKU baru - tetapi terpaksa terbelah untuk menyelesaikan perbezaan akaun yang makin meningkat setiap tahun.

Jika isu ini tidak ditangani, kerajaan berisiko kehilangan hasil cukai yang sepatutnya boleh dikumpul.

Banyak penjual online kecil mungkin mengelak untuk mengisytiharkan pendapatan, bukannya kerana mereka enggan mematuhi peraturan, tetapi kerana prosesnya terlalu rumit, mahal, dan makan masa yang tidak masuk akal.

Ada juga yang sukar untuk membayar cukai kerana terlalu banyak masa produktif terbuang untuk kerja-kerja reconciliation yang sukar, sedangkan masa itu sepatutnya digunakan untuk membesarkan jualan dan menjana lebih banyak taxable income.

Sebuah framework pelaporan yang praktikal bukannya akan melemahkan compliance. Sebaliknya, ia akan menggalakkan lebih ramai perniagaan kecil mengisytiharkan pendapatan dengan cara yang betul dan mampan.

Isu ini memerlukan perhatian serius dari pihak berkuasa. Kompleksiti pendapatan yang dijana melalui platform e-commerce moden telah berkembang dengan pantas, dan dasar pelaporan perlu berkembang mengikut peredaran masa.

Jika diperlukan, saya bersedia untuk memberi taklimat kepada agensi kerajaan yang berkaitan mengenai cabaran operasi yang dihadapi oleh penjual online dan menjelaskan mengapa framework pelaporan yang lebih praktikal amat diperlukan.

Engineering & Deep Tech

Article image
BioResearch Microbiology & cancer disease research intelligence 6 inputs → traceable research priorities Terokai →
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Terokai →
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Ekosistem AINNA

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Semasa topic Engineering & Deep Tech Author profile Haiqal AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps AI automation and business systems Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA Ejen AI

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA
Rotating Earth

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.