Di AINNA, sistem kewangan yang kami guna dalam operasi harian dibina oleh seorang anggota pasukan kewangan kami yang baru bergraduat. Dia faham kerja yang perlu disokong oleh sistem itu. Dengan AINNA NeuralOps, dia boleh terangkan keperluan tersebut dalam bahasa mudah dan memandu AI agen sepanjang pembangunan. Sistem itu kini digunakan dalam operasi harian dan telah dinilai pada Teknologi Readiness Level 9 (TRL 9) oleh MOSTI.
Kami bina AINNA NeuralOps secara in-house untuk PKS, termasuk bisnes yang tak ada pasukan IT khusus. Dalam operasi e-dagang, orang yang pegang proses setiap hari-sama ada urus stok, order, atau marketplace-biasanya paling faham rentak kerja. Mereka tahu data apa yang perlu masuk, di mana kerja selalu tersangkut, dan laporan macam mana yang benar-benar membantu. Pengetahuan operasi macam ni ialah titik mula yang praktikal untuk bina sistem.
NeuralOps memberi AI agen satu aliran kerja untuk menukar keperluan operasi kepada langkah praktikal-dari perancangan dan pembangunan sampai ke ujian dan deployment. Pasukan boleh semak hasil pada setiap peringkat berdasarkan cara kerja sebenar di lapangan. Yang penting, mereka boleh mula tanpa perlu tahu coding.
AI agen ini boleh berjalan terus pada server syarikat sendiri. NeuralOps juga menyokong aliran kerja untuk penyediaan dan pengurusan server, serta pembinaan aplikasi web dan sistem dalaman.
Bagi pasukan kewangan kami, maksudnya orang yang faham kerja harian boleh membantu membina sistem yang dia sendiri akan guna. Saya nampak prinsip yang sama dalam e-dagang: sistem dalaman yang dibina dekat dengan realiti kerja biasanya lebih tepat, lebih cepat diterima, dan lebih mudah diperbaiki apabila data atau proses berubah.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
อธิบายคำอธิบายนี้ได้เข้าใจง่ายมาก
I read this twice. AI agen ini boleh berjalan is the part that stuck.
Clearer than the vendor decks I get about kami bina AINNA neuralops secara.
Worth reading for dia faham kerja yang perlu alone.
The case for sistem itu kini digunakan dalam is well made.
The section on di mana kerja selalu tersangkut is the strongest part for me.