Lebih sedikit token bermakna penggunaan GPU lebih rendah. Penggunaan GPU lebih rendah bermakna kos operasi lebih jimat. Siapa kata AI untuk sistem perniagaan sebenar mesti pakai GPU monster?
Dari sudut Operasi E-Dagang, kami di AINNA mulakan dengan 34 billion token. Lepas tukar ke detached system architecture, usage jatuh ke dalam 1.5 billion token. Sekarang, dengan process segmentation dan modular refactoring, kami potong lagi lebih kurang 50% daripada 1.5 billion token tu.
Ini bukan magic - ini system design. Kebanyakan kos AI terbuang sebab AI kena baca semula sistem, proses, logik, dan workflow yang sama berkali-kali untuk setiap tweak kecil. Nak ubah payment flow? Kena reread semua. Nak adjust order checking atau sync stok SKU antara marketplace? Kena scan habis.
Tapi bila sistem detached dan setiap proses disegmen dengan dictionary tersendiri, AI hanya baca apa yang dia perlu. Modify payment flow? Baca payment process sahaja. Modify order checking? Baca order process sahaja. Adjust inventory sync? Baca inventory module sahaja. Takde full-system scanning. Takde pembakaran token.
Di sinilah PKS Malaysia boleh menang. AI bukan hak syarikat besar dengan server besar dan bajet besar. Masa depan bukan sekadar model besar. Masa depan adalah sistem yang lebih pandai untuk operasi e-commerce, marketplace, dan jualan online.
Sistem Terpisah + Segmen Proses = AI Lebih Efisien untuk E-Dagang