PKS Tak Perlukan Hype AI. Mereka Perlu Kawalan.✎ Edit

👁 1.5k tontonan
PKS Tak Perlukan Hype AI. Mereka Perlu Kawalan.

Dari pengalaman saya menangani operasi dan pembangunan perniagaan di AINNA, saya nampak penggunaan ejen AI dalam kalangan PKS mula perlahan. Bukan sebab AI tak berkuasa, tapi kerana terlalu banyak hype yang dijual terlalu awal.

Ramai orang jual idea ejen AI macam boleh jalan 24/7, autonomi penuh, bina sistem tanpa henti tanpa campur tangan manusia. Tapi dalam operasi PKS sebenar, realitinya jauh berbeza. Kosnya tinggi, risiko hallucination masih wujud, output kadang tak konsisten, dan bila ada masalah, pemilik perniagaan yang tanggung akibatnya.

Masalah sebenar bukan pada AI itu sendiri. Masalahnya terletak pada kekurangan guardrails, routing yang lemah, segmentasi tugas yang tak kukuh, dan objektif yang kabur. Ejen AI hari ini belum cukup matang untuk bergerak bebas dalam kebanyakan persekitaran perniagaan. Peranan terkuat mereka sekarang bukan sebagai pengganti operator, tapi sebagai pembina.

Ejen AI memang berkuasa bila digunakan untuk membina sistem, mengautomasi workflow, menjana kod, menyusun proses, dan mempercepatkan pelaksanaan. Tapi jual idea yang mereka boleh uruskan perniagaan sendiri? Itu mengelirukan.

Yang buat saya geram ialah tengok 'guru' AI, CEO, CTO tertentu bangga-bangga cakap ejen AI mereka boleh coding 24 jam non-stop, padahal ramai diorang sendiri tak gunakan apa yang diorang jual dalam persekitaran production sebenar.

Jujur saja. Kalau requirement lengkap, guardrails jelas, workflow tersusun betul, dan scope well-defined, ejen AI kadang boleh siapkan satu modul dalam 10 minit. Tapi yang ambil masa bukan coding. Yang ambil masa ialah menentukan guardrails, menjelaskan objektif, memecahkan tugas, debugging, testing, validating, dan memastikan sistem tak runtuh bila guna dalam dunia sebenar.

Selagi hype terus dijual, PKS akan semakin frust. Sebab apa yang kedengaran indah secara teori, biasanya lain rupa bila dilaksanakan.

AI bukan pekerja ajaib. AI adalah alat yang berkuasa, tapi hanya berkesan bila manusia di belakangnya betul-betul faham apa yang sedang dibina.

Perniagaan & PKS

Article image
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Terokai →
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Robotics Robotik terurus di edge industri Perception → safety gateway → controller Terokai →
Ekosistem AINNA

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Semasa topic Perniagaan & PKS Author profile Firdaus AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps AI automation and business systems Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA Ejen AI

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA
Rotating Earth

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.