Mengukuhkan Operasi NeuralOps melalui Infrastruktur GPU dan VPS dari TM✎ Edit

👁 1.2k tontonan
Mengukuhkan Operasi NeuralOps melalui Infrastruktur GPU dan VPS dari TM

Alhamdulillah, semalam kami berpeluang menghadiri sesi perbincangan setengah hari di TM Building bersama pasukan TM berkaitan perkhidmatan GPU Server dan Pelayan VPS yang ditawarkan. Sesi ini merupakan langkah persediaan operasi untuk menyokong infrastruktur AINNA NeuralOps supaya lebih teratur, stabil, dan mampu memenuhi keperluan harian pelanggan kami.

Dari sudut operasi, perbincangan menyentuh beberapa perkara kritikal yang akan menentukan bagaimana perkhidmatan ini dijalankan nanti. Antaranya termasuk pemilihan model LLM yang sesuai dengan kegunaan sebenar, penyambungan VPN antara VPS dan Pelayan LLM bagi memastikan aliran data selamat, anggaran kos operasi, prestasi sistem, dan pendekatan untuk mengurangkan beban penyelenggaraan infrastruktur secara berterusan. Semua ini berkait rapat dengan kecekapan operasi harian dan kebolehan kami menyampaikan perkhidmatan yang konsisten kepada pengguna.

Beberapa persetujuan awal telah dicapai dari segi kos mahupun teknikal, terutamanya dalam memastikan infrastruktur yang akan dibangunkan kelak lebih stabil, selamat, scalable, dan sesuai untuk menyokong pembangunan sistem AI serta operasi NeuralOps secara praktikal.

Ini merupakan langkah penting bagi AINNA dalam membina ekosistem AI yang bukan sekadar mengikut trend, tetapi benar-benar boleh digunakan, dikawal, dan memberi nilai nyata kepada operasi perniagaan harian. Sebagai pasukan operasi, yang paling penting bagi kami ialah setiap komponen infrastruktur ini boleh berfungsi dengan baik dalam persekitaran perniagaan sebenar di Malaysia.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Siti Malaysia

Berguna. Kami sedang hadap penyambungan VPN antara VPS dan sekarang.

Hafiz Malaysia

Ini merupakan langkah penting bagi - sums the whole thing up.

Wei China

The direction on semua ini berkait rapat dengan is exactly right.

Mei China

Good write-up. Beberapa persetujuan awal telah dicapai alone was worth the read.

Kavitha India

This is where antaranya termasuk pemilihan model LLM finally makes sense.

Arjun India

The section on dan pendekatan untuk mengurangkan beban is the strongest part for me.

Perniagaan & PKS

Article image
Edge AI Kecerdasan IoT dan Linux terbenam di pinggir 14 edge agents → offline-capable Terokai →
SmartCity Infrastruktur dan operasi bandar pintar berkuasa AI 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Robotics Robotik yang ditadbir di pinggir industri Perception → safety gateway → controller Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic Perniagaan & PKS Author profile Firdaus AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

15 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.