Ramai pengusaha dan pasukan operasi di Malaysia frustasi dengan OpenClaw (OpenClaw KL) sebab mereka expect agen boleh autonomous sepenuhnya, tapi sistem sekelilingnya tak dibina langsung. Aliran Kerja bersepah, guardrails tak ada, struktur lemah, guna model murah, tapi expectation macam AI lab tahap NASA. Lepas tu bila agen hallucinate, burn token, atau tak perform, salahkan tool. Jujur, masalahnya bukan selalu pada agen. Kadang-kadang sistem yang kita bina memang tak kukuh dari sudut operasi.
Jangan cadangkan Hermes atau Claude Code. Pengalaman saya optimize OpenClaw dari 34 billion token sebulan turun ke 1.5 billion, dan sekarang dalam 0.75 billion, bukan sebab tukar ke Hermes, Claude, atau prompt ajaib. Ia berlaku kerana strategi operasi: sistem detached yang jalan 24/7 berasaskan trigger, smart routing yang hantar tugasan tepat ke model yang sesuai, dan segmentation yang ajar agen baiki, develop, dan execute ikut schematic yang proper, bukan teka-teki macam intern baru masuk.
OpenCode Agent (saya guna banyak untuk troubleshoot) lebih reliable dari Hermes, lebih murah dari Claude Code, dan rasa dia stabil macam Grok Agent. Tapi OpenClaw masih ada benda yang OpenCode tak ada. Jadi ini bukan perang tool. Ini perang susun atur sistem. Model mahal tak semestinya menang. Arkitektur operasi yang baik yang menang.
Frustasi dengan OpenClaw? Kebanyakan Kes Bukan Salah Tool, Tapi Salah Operasi