Di AINNA, sistem kewangan yang kami guna setiap hari dibina oleh seorang anggota pasukan kewangan yang baru tamat belajar. Dia faham kerja yang perlu disokong oleh sistem itu. Dengan AINNA NeuralOps, dia boleh terangkan keperluan tersebut dalam bahasa biasa dan bimbing ejen AI sepanjang pembangunan. Sistem ini kini digunakan dalam operasi harian dan telah dinilai pada Teknologi Readiness Level 9 (TRL 9) oleh MOSTI.
Kami bina AINNA NeuralOps secara dalaman untuk PKS, termasuk perniagaan yang tiada pasukan IT khusus. Orang yang uruskan sesuatu proses setiap hari biasanya paling tahu selok-beloknya. Mereka tahu data apa yang perlu, di mana kerja tersekat, dan apa yang patut muncul dalam laporan. Pengetahuan itu jadi titik permulaan untuk membina sistem.
NeuralOps beri ejen AI aliran kerja untuk tukar keperluan tadi kepada langkah praktikal, dari perancangan dan pembangunan sehingga ujian dan deployment. Staf boleh semak hasil pada setiap peringkat berdasarkan cara kerja sebenar mereka. Mereka boleh mula tanpa perlu tahu coding.
Ejen AI ini boleh berjalan terus pada server syarikat sendiri. NeuralOps juga menyokong aliran kerja untuk menyediakan dan mengurus server serta membina aplikasi web dan sistem dalaman.
Bagi pasukan kewangan kami, ini bermakna orang yang faham kerja harian boleh bantu bina sistem yang dia sendiri akan guna untuk melaksanakan kerja itu.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
ส่วนหัวข้อนี้คือสิ่งที่ผมจะส่งให้หัวหน้า
ตัวเลขเรื่องเนื้อหานี้สมเหตุสมผลกว่าบทความอื่นที่อ่านมา
Worth reading for pengetahuan itu jadi titik permulaan alone.
Sent this to two people already. Staf boleh semak hasil pada is why.
First piece I have read that treats ejen AI ini boleh berjalan honestly.