Dulu, setiap kali pelanggan minta perubahan pada sistem dalam mesyuarat, saya jarang beri jawapan terus.
Nak tentukan sama ada perubahan itu boleh dibuat pun ambil masa sehari, kadang berhari-hari atau berminggu-minggu. Itu belum masuk kerja pembangunan sebenar yang boleh makan beberapa bulan lagi.
Hari ini, saya lalui situasi yang jauh berbeza.
Dalam mesyuarat dua jam, pelanggan minta lebih 20 perubahan besar pada sistem mereka. Ada keperluan yang memang tak ada dalam URS asal.
Dan jawapan saya untuk hampir setiap permintaan ialah, 'Boleh, kita buat.'
Yang paling buat saya terkejut, lebih kurang 10% daripada perubahan itu siap semasa mesyuarat lagi. Saya beri arahan terus kepada AINNA NeuralOps melalui WebCLI sambil terus berbincang dengan pelanggan.
Saya hadir tanpa pasukan teknikal. Kalau saya bawa mereka sekali, saya yakin kita boleh siapkan hampir 60% perubahan yang diminta sebelum mesyuarat tamat.
Sebanyak itu NeuralOps ubah cara saya bekerja.
Dengan multi-agen AI, Smart Routing dan aliran kerja pembangunan automatik kami, saya tak lagi nampak permintaan baharu dengan cara yang sama.
Walaupun berdepan pelanggan yang banyak permintaan, saya rasa lebih yakin. Selagi permintaan itu sah, selamat dan boleh dilaksanakan dari segi teknikal, saya percaya kita boleh cari jalan untuk selesaikan.
Namun, cakap 'boleh' bukan bermakna semuanya boleh disiapkan serta-merta. Tetap ada pertimbangan teknikal, ujian dan tanggungjawab yang perlu dijaga.
Tetapi dalam pengalaman saya menguruskan operasi dan projek, ini antara perubahan terbesar yang saya rasai dalam cara saya mendekati kerja pembangunan perisian.
Teknologi ini bukan sekadar ubah kelajuan kerja. Ia ubah cara saya fikir.
Dan bagi saya, itulah nilai sebenar AINNA NeuralOps.
#AINNANeuralOps #AgenticAI #SoftwareEngineering #DigitalTransformation #MultiAgentAI



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
Hujah pasal 20 ni munasabah dan kemas.
Bookmarked, mostly for saya hadir tanpa pasukan teknikal.
Honestly, itu belum masuk kerja pembangunan surprised me.