Sepanjang saya bekerja bersama pemilik kilang dan pengurus operasi di seluruh Malaysia - dari sektor marin dan kejuruteraan mekanikal hinggalah pembuatan semikonduktor - satu corak yang sama sentiasa berulang. Pasukan mereka menghabiskan banyak masa memantau sistem, membaca parameter, mengenal pasti anomali, membuat pelarasan, kemudian memantau semula. Ada kalanya melibatkan aliran, tekanan, suhu, pam, injap, atau penggunaan sumber.
Sistem automation tradisional sudah mampu mengendalikan banyak keadaan yang diketahui lebih awal. Jika aliran melebihi parameter yang telah ditetapkan, sensor mengesannya, sistem melaksanakan peraturan, pelarasan dibuat, dan hasilnya dipantau semula. Cabaran sebenar muncul apabila anomali berada di luar konteks atau peraturan yang asalnya diprogramkan.
Di sinilah saya melihat peranan sebenar Agent AI - bukan untuk membenarkan AI mengawal setiap mesin sepanjang masa. Sebaliknya, Agent AI membantu membina logik operasi, sementara sistem mengendalikan operasi biasa dan anomali yang sudah diketahui. Apabila sesuatu yang luar biasa berlaku di luar konteks yang diprogramkan, sistem akan mengeskalasi kepada AI untuk analisis lanjut.
Persoalan yang saya paling kerap dengar daripada pelanggan ialah: "Kalau saya beri AI kuasa, apa yang boleh berlaku?" Jawapannya terletak pada guardrails. AI boleh menyemak data sejarah, keperluan pengeluaran, tingkah laku mesin, SOP, dan keadaan operasi semasa sebelum memutuskan langkah seterusnya. Jika tindakan yang diperlukan masih dalam had yang telah ditetapkan, AI boleh mengarahkan sistem membuat pelarasan. Jika keadaan melebihi kuasa atau had keselamatannya, ia akan mengeskalasi kepada jurutera atau operator.
Prinsipnya mudah: automation mengendalikan apa yang sudah kita ketahui, Agent AI mengendalikan ketidakpastian, dan guardrails menentukan sejauh mana AI dibenarkan bertindak.
Apabila prinsip ini digunakan pada aliran air, penggunaan tenaga, sistem penyejukan, udara termampat, penggunaan bahan, atau kecekapan mesin, AI bukan lagi sekadar chatbot. Ia mula menjadi sebahagian daripada operasi itu sendiri - dan bagi pemilik perniagaan, ia bermakna keputusan yang lebih pantas tanpa perlu menambah lebih banyak syif pemantauan. Itulah yang saya kongsikan kepada pelanggan AINNA setiap kali kita berbincang tentang Automasi dan Agent AI.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen baharu dihantar untuk semakan terlebih dahulu. Nama dan email diperlukan, tetapi email tidak dipaparkan kepada pembaca.
Berbaloi baca sebab dari sektor marin dan kejuruteraan.
Slightly disagree on dari sektor marin dan kejuruteraan, but the direction is right. Have a few questions left here.
Still thinking about pelarasan dibuat, dan hasilnya dipantau.
Clearer than the vendor decks I get about di sinilah saya melihat peranan.
Good write-up. bukan untuk membenarkan AI mengawal alone was worth the read.
Whoever wrote this actually did the work on sistem automation tradisional sudah mampu.
This is where satu corak yang sama sentiasa finally clicks.
Bookmarked, mainly for membaca parameter, mengenal pasti anomali.
The numbers around membuat pelarasan, kemudian memantau semula make more sense than most posts I read. Worth a closer look.
Pasukan mereka menghabiskan banyak masa - that is the whole thing in one line.
Not sure I agree with sensor mengesannya, sistem melaksanakan, but the rest holds up.