16 downloads

Membina Asas Infrastruktur AI Merentas Sempadan untuk PKS Malaysia✎ Edit

👁 624 tontonan
Membina Asas Infrastruktur AI Merentas Sempadan untuk PKS Malaysia

Sama ada mendapat sokongan pihak berkaitan atau tidak, kami di AINNA terus membina asas untuk membawa nilai kepada perniagaan merentas sempadan.

Kami memang tak segan berkongsi visi AINNA ke sana sini. Kebanyakannya mungkin tiada hasil kewangan terus, tetapi setiap perbincangan memberi kami sesuatu yang bernilai-pengajaran, maklumat, pandangan pasaran, kenalan dan kadang-kadang arah baharu yang kami tak pernah fikir sebelum ini.

Saya selalu pesan kepada pasukan dan anak saya, dunia ini pelik.

Kadang-kadang kita lihat orang pitch tanpa objektif yang sangat jelas pun boleh dapat apa yang mereka mahu. Itu rezeki mereka. Ia bukan bermakna dunia sengaja nak susahkan kita.

Jadi kami terus bergerak ke hadapan.

Sasaran seterusnya kami adalah peringkat global, dan China antara pasaran yang kami sasar. Tetapi kami mahu masuk dengan prinsip yang berbeza- infrastruktur AI yang cekap, boleh skala, boleh ukur dan ESG sejak awal.

Melalui NeuralOps, kami membina arkitektur infrastruktur AI yang mensasarkan penggunaan tenaga sehingga 90% lebih rendah, serta mengurangkan keperluan air dan pendingin daripada infrastruktur pengkomputeran berat.

Kami tidak mahu ini sekadar dakwaan pemasaran.

Kami malah membina kerangka pengiraan dan pengukuran sendiri untuk mengira garis dasar, penggunaan tenaga, keperluan infrastruktur dan penjimatan potensi, supaya pihak lain boleh mempersoalkan, menguji dan mengesahkan apa yang kami dakwa.

Percubaan pertama kami secara nyata akan berlangsung pada 2 September, untuk pitch Export Readiness Programme.

Dari semua syarikat yang akan pitch di sana, kami satu-satunya yang membawa produk Infrastruktur AI.

Bukan chatbot.

Bukan sekadar aplikasi AI.

Bukan hanya automasi.

Kami pitch infrastruktur itu sendiri melalui NeuralOps,  Smart Routing, Sistem Berasingan, specialised processing, automation, governance, deployment architecture, resource optimisation dan AI efficiency-semuanya untuk memastikan perniagaan pelanggan kami boleh berkembang dengan selamat, pantas dan berpatutan.

Ini akan menjadi ujian pertama kami untuk melihat bagaimana orang ramai dan pasaran bertindak balas terhadap tawaran AI Infra kami untuk pengembangan merentas sempadan.

Adakah kami akan dapat sesuatu daripadanya? Kami tak tahu.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Tetapi walaupun tiada hasil kewangan, kami masih mendapat maklum balas, maklumat, kenalan, pemahaman pasaran dan pengajaran tentang apa yang perlu diperbaiki sebelum pergi global.

Setiap pitch menambah satu lagi kepingan kepada asas kami.

Setiap penolakan mengajar kami sesuatu.

Setiap perbincangan memberi kami lebih banyak data.

Dan setiap peluang membolehkan kami menguji sama ada apa yang kami bina boleh bertahan di luar persekitaran kami sendiri.

2 September akan menjadi ujian pertama kami secara nyata.

Tiada jalan pintas. Tiada jaminan.

Kami hanya terus membina, memperbaiki dan bergerak ke hadapan sehingga asas kami cukup kukuh untuk pergi global.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Arjun India

हमारी टीम अभी 90% पर काम कर रही है। उपयोगी।

Julin Kadazan, Malaysia

The framing on kebanyakannya mungkin tiada hasil kewangan is better than expected.

Ginsang Kadazan, Malaysia

This is where kami memang tak segan berkongsi finally clicks.

Dimas Indonesia

Whoever wrote this actually did the work on dan China antara pasaran yang.

Ayu Indonesia

The numbers around tetapi setiap perbincangan memberi kami make more sense than most posts I read.

Narin Thailand

ถ้ามี90%ต่อ ผมจะอ่านแน่นอน

NeuralOps & Seni Bina Sistem

Article image
BioResearch Kecerdasan penyelidikan mikrobiologi dan penyakit kanser 6 inputs → traceable research priorities Terokai →
SmartCity Infrastruktur dan operasi bandar pintar berkuasa AI 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
PKS AI Bina keupayaan kecerdasan buatan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) anda sendiri. 6 build tracks → in-house capability Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic NeuralOps & Seni Bina Sistem Author profile Rozni AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

16 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.