2024, 2025 dan 2026 - Tiga Tahun Paling Mencabar dalam Perjalanan AINNA Memperkasakan PKS Malaysia✎ Edit

👁 473 tontonan
2024, 2025 dan 2026 — Tiga Tahun Paling Mencabar dalam Perjalanan AINNA Memperkasakan PKS Malaysia

Menghidupkan visi AINNA dan memperluas jejak perkhidmatan kami memerlukan saya serta pasukan turun ke Lembah Klang hampir setiap minggu - menghadiri pelbagai program, perbincangan dan sesi yang membentuk halatuju perniagaan kami.

Ada kalanya dari pagi hingga petang. Ada juga yang melanjutkan 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, PKS Corp, EXIM Bank dan banyak lagi destinasi.

Jika kami tidak hadir, kami mungkin ketinggalan maklumat penting, peluang bernilai, jaringan baharu dan arah tuju industri. Jadi, suka atau tidak, saya memilih untuk berada di sana - kerana tanggungjawab ini bukan untuk saya semata-mata, tetapi untuk komuniti PKS Malaysia yang kami perkasakan.

Sepanjang tempoh ini, rasanya hampir setiap jenis penginapan sudah kami cuba - dari hotel tanpa bintang sehingga hotel 5 bintang. Ada yang ditanggung sendiri, ada pula yang dibiayai penganjur.

Jika dikira, mungkin sudah beratus-ratus bilik hotel yang pernah kami singgahi. Homestay pun rasanya tidak kurang daripada 20 tempat.

Tetapi dari semua cara pernah saya bermalam, yang paling saya gemari sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun pelbagai.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran plaza tol, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan letak kereta yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang tiba lewat malam, esok pagi pula ada program lain. Daripada membuang masa mencari hotel hanya untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan menjadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Saya sendiri tidak pasti mengapa, setiap kali memilih untuk tidur dalam kereta, rasa terujanya lain daripada yang lain.

Mungkin kerana saya memang menyukai aktiviti outdoor.

Saya bernasib baik menggunakan SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza antara air cond dihidupkan atau tidak agak kecil. Dalam tempoh kira-kira 8 jam, kos diesel biasanya tidak sampai RM10.

Ruang yang kecil pula menyebabkan air cond cepat sejuk. Ada kalanya sampai menggigil.

Tentu sahaja tidur dalam kereta ada risikonya, terutamanya berkaitan pengudaraan dan exhaust. Sebab itu, saya sentiasa memastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman itu tetap menyimpan satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan alam terbuka.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri sudah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa seorang pendaki lain pun di kawasan tersebut.

Mungkin kerana itu, walaupun sudah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, apabila diberi pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang sukar ditandingi oleh hotel 5 bintang sekalipun.

Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu yang besar, kemewahan bukanlah perkara yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perjalanan, cabaran, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgahi, dan cerita-cerita yang membentuk semangat AINNA - untuk terus membawa AI kepada PKS Malaysia, satu langkah demi satu langkah.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Liza Philippines

Sa totoo lang, nakakagulat ang 20.

Omar United Arab Emirates

Useful. We are dealing with ada kalanya dari pagi hingga right now.

Layla Jordan

The bit about melebihi 100 kal 100 k is what I keep coming back to.

Kenji Japan

The numbers around tetapi untuk komuniti PKS Malaysia make more sense than most posts I read.

Sofia Spain

The framing around ada juga yang melanjutkan 2 is better than I expected.

Artificial Intelligence

Article image
BioResearch Kecerdasan penyelidikan mikrobiologi dan penyakit kanser 6 inputs → traceable research priorities Terokai →
Edge AI Kecerdasan IoT dan Linux terbenam di pinggir 14 edge agents → offline-capable Terokai →
SmartCity Infrastruktur dan operasi bandar pintar berkuasa AI 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic Artificial Intelligence Author profile Nurain AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

14 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.