NeuralOps ke Pentas SAY ASPIRE: Perancangan Operasi AINNA untuk Sovereign AI dengan Pengurangan Memproses 90%✎ Edit

👁 218 tontonan
NeuralOps ke Pentas SAY ASPIRE: Perancangan Operasi AINNA untuk Sovereign AI dengan Pengurangan Memproses 90%

Alhamdulillah. Satu lagi pencapaian operasi yang membanggakan untuk AINNA.

Daripada 50 syarikat yang menyertai proses penilaian, AINNA telah terpilih sebagai antara 10 syarikat yang akan membentangkan pitching di hadapan YTM Raja Muda Selangor menerusi program SAY ASPIRE.

Lebih bermakna, kami akan berada di barisan hadapan bersama sembilan syarikat terpilih yang masing-masing membawa kekuatan dan rekod pencapaian tersendiri - termasuk salah sebuah syarikat yang merupakan pemenang program DeepX oleh SIDEC pada tahun lalu.

Bagi saya di bahagian perancangan dan operasi, peluang ini bukan sekadar satu pitching. Ia adalah satu job order besar untuk menyampaikan misi AINNA: membawa AI yang dirancang, diurus dan dilaksanakan dengan betul supaya memberi impak nyata kepada perniagaan Malaysia.

Melalui NeuralOps, kami sedang membina rangka kerja operasi AI yang menekankan Sovereign AI, model distillation, kecekapan pemprosesan dan ESG dalam setiap fasa pelaksanaan.

Pendekatan kami bermula dengan model-model AI bersaiz besar dan berkeupayaan tinggi sebagai teacher models. Dalam proses distillation, pengetahuan tersebut dipindahkan ke model yang lebih kecil, lebih specialised dan lebih efisien sebelum diedarkan ke persekitaran pengeluaran.

Matlamat operasi kami jelas: mengurangkan pergantungan kepada AI luar dengan membina kecerdasan yang boleh dikawal, dioptimumkan dan dihoskan sendiri - dari sudut data, model, infrastructure dan inference sehingga kepada lapisan penyampaian akhir.

Melalui gabungan AI distillation, smart routing, specialised processing dan detached systems, kami telah mengukuhkan aliran kerja yang mengurangkan penggunaan sumber pemprosesan sehingga kira-kira 90% bagi workload tertentu.

Bagi saya, masa depan AI bukanlah sekadar membangunkan model terbesar.

Ia tentang bagaimana kita menghasilkan AI yang lebih cekap, lebih specialised, lebih bertanggungjawab, lebih sustainable dan lebih sovereign - sesuatu yang boleh diatur, dipantau dan dilaksanakan secara konsisten.

Kurang processing. Kurang tenaga. Lebih kawalan. Lebih cerdas. Dunia yang lebih baik.

Insya-Allah, dengan perancangan rapi dan koordinasi operasi yang kukuh, kami akan membawa visi AINNA dan NeuralOps sebaik mungkin di pentas SAY ASPIRE, sambil terus belajar dan memperkasa diri bersama syarikat-syarikat terpilih yang lain.

Daripada sebuah PKS Malaysia, menuju Sovereign Intelligence untuk dunia yang lebih baik. 🇲🇾

#AINNA #NeuralOps #SAYASPIRE #SovereignAI #AIDistillation #ModelDistillation #ArtificialIntelligence #SIDEC #DeepX #ESG #SustainableAI #MalaysiaAI #AIInnovation #DigitalTransformation

Artificial Intelligence

Article image
Edge AI IoT & embedded Linux intelligence at the edge 14 edge agents → offline-capable Terokai →
SmartCity AI-powered smart city infrastructure & operations 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Repeatability, traceability & verification intelligence 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Robotics Robotik terurus di edge industri Perception → safety gateway → controller Terokai →
Ekosistem AINNA

Keep exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, Agent, and NeuralOps ecosystem.

Semasa topic Artificial Intelligence Author profile Siti Nur Najiha AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps AI automation and business systems Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Deploy Our AINNA Ejen AI

Linux is the core path, Windows is supported, and Android / Termux works as the companion layer.

Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA
Rotating Earth

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.