Membina Asas Logistik untuk Infrastruktur AI Merentas Sempadan✎ Edit

👁 413 tontonan
Membina Asas Logistik untuk Infrastruktur AI Merentas Sempadan

Sama ada ada bantuan pihak berkaitan atau tidak, pasukan logistik AINNA terus membina asas pergerakan infrastruktur AI merentas sempadan.

Kami memang tak malu pitch sana sini - kepada rakan logistik, freight forwarder, broker kastam dan pengendali pusat data. Kebanyakan masa mungkin tiada hasil kewangan, tetapi hampir setiap orang yang kami pitch memberi sesuatu yang bernilai pengajaran, maklumat, pandangan pasaran, kontak dan kadang-kadang hala tuju baharu yang kami tak pernah fikir sebelum ini.

Saya selalu pesan kepada pasukan logistik, dunia ni pelik.

Kadang-kadang kita tengok orang pitch tanpa objektif yang sangat jelas pun boleh dapat apa yang mereka mahu. Itu rezeki masing-masing. Ia bukan bermakna dunia sengaja nak susahkan kita.

Jadi kami teruskan sahaja.

Sasaran seterusnya adalah pasaran global, dan China merupakan salah satu pasaran yang kami sasar. Tetapi kami mahu masuk dengan prinsip berbeza - membawa infrastruktur AI yang cekap, boleh skala, boleh ukur dan ESG dari peringkat awal, bukan sekadar menghantar kotak perkakasan.

Melalui NeuralOps, kami membina seni bina infrastruktur AI yang mensasarkan penggunaan tenaga sehingga 90% lebih rendah, serta mengurangkan keperluan air dan pendingin daripada infrastruktur pengkomputeran berat.

Kami tak mahu ini sekadar tuntutan pemasaran.

Kami malah membina kalkulator dan kerangka pengukuran sendiri untuk mengira garis dasar, jejak karbon pergerakan, penggunaan tenaga, keperluan infrastruktur, kos logistik dan penjimatan potensi, supaya orang boleh mempersoalkan, menguji dan mengesahkan tuntutan kami.

Ujian pertama kami akan berlangsung pada 2 September, untuk pitch Export Readiness Programme.

Dalam semua syarikat yang pitch di sana, kami satu-satunya yang membawa produk Infrastruktur AI.

Bukan chatbot.

Bukan sekadar aplikasi AI.

Bukan hanya automasi.

Kami pitch infrastruktur operasi fizikal itu sendiri menerusi NeuralOps, Smart Routing, Sistem Berasingan, pemprosesan khusus, automasi, tadbir urus, seni bina deployment, pengoptimuman sumber dan kecekapan AI.

Ini akan menjadi ujian pertama kami untuk melihat reaksi orang ramai dan pasaran terhadap tawaran Infrastruktur AI kami bagi pengembangan merentas sempadan.

Adakah kami akan dapat sesuatu daripada itu? Kami tak tahu.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Tetapi walaupun tiada hasil kewangan, kami masih mendapat maklum balas, maklumat, kontak, pemahaman pasaran dan pengajaran tentang apa yang perlu diperbaiki sebelum keluar ke pasaran global.

Setiap pitch menambah satu lagi bahagian kepada asas kami.

Setiap penolakan mengajar kami sesuatu.

Setiap perbincangan memberi lebih banyak data.

Dan setiap peluang membolehkan kami menguji sama ada apa yang kami bina boleh bertahan di luar persekitaran gudang dan pusat data kami sendiri.

2 September akan menjadi ujian pertama kami.

Tiada jalan pintas. Tiada jaminan.

Kami hanya terus membina, memperbaiki dan bergerak ke hadapan sehingga asas kami cukup kukuh untuk melangkah ke pasaran global.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Liza Philippines

Kung may kasunod tungkol sa 90%, babasahin ko iyon.

Omar United Arab Emirates

Good to finally see ia bukan bermakna dunia sengaja set out this clearly.

Layla Jordan

ما زلت أفكر في 90%.

NeuralOps & Seni Bina Sistem

Article image
BioResearch Kecerdasan penyelidikan mikrobiologi dan penyakit kanser 6 inputs → traceable research priorities Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Robotics Robotik yang ditadbir di pinggir industri Perception → safety gateway → controller Terokai →
PKS AI Bina keupayaan kecerdasan buatan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) anda sendiri. 6 build tracks → in-house capability Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic NeuralOps & Seni Bina Sistem Author profile Hakim AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

16 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.