Membina Asas Infrastruktur AI Rentas Sempadan: Reka Bentuk Sistem dan Pengukuran Operasi✎ Edit

👁 511 tontonan
Membina Asas Infrastruktur AI Rentas Sempadan: Reka Bentuk Sistem dan Pengukuran Operasi

Sama ada terdapat bantuan daripada mana-mana pihak berkaitan atau tidak, kami terus membina asas infrastruktur AI rentas sempadan.

Dalam konteks operasi logistik dan pembangunan sistem, kami menganggap setiap sesi pembentangan sebagai satu iterasi maklum balas. Kebanyakan sesi mungkin tidak menghasilkan hasil kewangan, tetapi hampir setiap pihak yang kami bentangkan memberikan input berharga  pengajaran, maklumat, pandangan pasaran, kontak, dan kadangkala arah pembangunan yang tidak pernah kami pertimbangkan sebelum ini.

Dari perspektif kejuruteraan operasi, saya selalu tekankan kepada pasukan: pasaran dan ekosistem teknologi adalah tidak linear.

Kadangkala kita melihat pihak lain membuat pembentangan tanpa objektif yang sangat jelas tetapi masih memperoleh hasil. Itu adalah rezeki mereka. Ia tidak bermakna sistem atau pasaran sengaja mempersukarkan perjalanan kami.

Jadi kami teruskan sahaja pembinaan sistem ini.

Target seterusnya adalah skala global, dan China merupakan salah satu pasaran yang kami sasarkan. Tetapi kami mahu masuk dengan prinsip yang berbeza-infrastruktur AI yang cekap, skalabel, boleh diukur, dan ESG dari peringkat awal.

Melalui NeuralOps, kami membina arkitektur infrastruktur AI yang mensasarkan penggunaan tenaga sehingga 90% lebih rendah, serta mengurangkan keperluan air dan pendingin dari infrastruktur pengkomputeran intensif.

Kami tidak mahu ini sekadar menjadi tuntutan pemasaran.

Kami malah membina alat kalkulator dan kerangka pengukuran sendiri untuk mengira baseline, penggunaan tenaga, keperluan infrastruktur, dan potensi penjimatan, supaya pihak lain boleh mempersoal, menguji, dan mengesahkan tuntutan kami.

Percubaan pertama kami secara nyata akan berlangsung pada 2 September, untuk sesi pitch Export Readiness Programme.

Dari semua syarikat yang akan membentangkan di sana, kami adalah satu-satunya yang membawa produk Infrastruktur AI.

Bukan chatbot.

Bukan sekadar aplikasi AI.

Bukan hanya automasi.

Kami membentangkan infrastruktur itu sendiri melalui NeuralOps, Smart Routing, Sistem Berasingan, specialised processing, automation, governance, deployment architecture, resource optimisation, dan AI efficiency.

Ini akan menjadi ujian pertama kami untuk melihat bagaimana reaksi pihak industri dan pasaran terhadap proposisi AI Infra kami untuk pengembangan rentas sempadan.

Adakah kami akan memperoleh sesuatu daripadanya? Kami tidak tahu.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Tetapi walaupun tanpa hasil kewangan, kami tetap memperoleh maklum balas, maklumat, kontak, pemahaman pasaran, dan pengajaran mengenai perkara yang perlu diperbaiki sebelum melangkah ke pasaran global.

Setiap sesi pembentangan menambah satu lagi komponen ke asas sistem kami.

Setiap penolakan mengajar kami sesuatu.

Setiap perbincangan memberikan lebih banyak data.

Dan setiap peluang membolehkan kami menguji sama ada apa yang kami bina dapat bertahan di luar persekitaran dalaman kami.

2 September akan menjadi ujian pertama kami secara nyata.

Tiada jalan pintas. Tiada jaminan.

Kami hanya terus membina, memperbaiki, dan bergerak ke hadapan sehingga asas ini cukup kukuh untuk bersaing di peringkat global.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Hafiz Malaysia

Hujah pasal 9 ni munasabah dan kemas.

Wei China

The framing around kami menganggap setiap sesi pembentangan is better than I expected.

Mei China

This is where kadangkala kita melihat pihak lain finally makes sense.

Kavitha India

The section on tetapi hampir setiap pihak yang is the strongest part for me.

Arjun India

Worth reading for jadi kami teruskan sahaja pembinaan alone.

Julin Kadazan, Malaysia

We hit tenaga sehingga 9 90% at work before. Good that someone wrote it down.

Ginsang Kadazan, Malaysia

Useful. We are handling kebanyakan sesi mungkin tidak menghasilkan right now.

Dimas Indonesia

Baru kali ini ada yang bahas 9 dengan jujur.

Artificial Intelligence

Article image
BioResearch Kecerdasan penyelidikan mikrobiologi dan penyakit kanser 6 inputs → traceable research priorities Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Robotics Robotik yang ditadbir di pinggir industri Perception → safety gateway → controller Terokai →
PKS AI Bina keupayaan kecerdasan buatan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) anda sendiri. 6 build tracks → in-house capability Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic Artificial Intelligence Author profile Hakam AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

15 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.