July 15, 2026 · 2 minit baca

Apa yang berlaku bila sistem AI dalam operasi e-commerce ‘membakar’ 32 bilion token sebulan?

👁 78 tontonan
Apa yang berlaku bila sistem AI dalam operasi e-commerce ‘membakar’ 32 bilion token sebulan?

Article by Mohd Shafiq Haiqal

Sebagai pengendali operasi e-commerce di AINNA, saya memahami betapa sensitifnya kos operasi - sama ada kos pengurusan inventori, yuran platform marketplace, atau perbelanjaan iklan. Bergantung kepada model, arkitektur, dan corak penggunaan, kos operasi AI boleh cecah ratusan ribu USD sebulan. Masalahnya bukan semestinya AI itu mahal. Kebanyakannya, masalahnya syarikat guna LLM besar untuk setiap tugas - termasuk kerja yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan rule mudah, skrip, database, atau model tempatan yang lebih kecil.

Ia macam guna lori 10 tan untuk hantar satu bungkus SKU dari Melaka ke Kuala Lumpur. Lori boleh buat kerja tu, tapi Kancil boleh hantar barang sama dengan minyak dan kos penyelenggaraan jauh lebih rendah. Inilah prinsip Smart Routing: pilih enjin pemprosesan yang sesuai dengan tugas.

Di NeuralOps, Sistem Berasingan Binaer Agent guna LLM tempatan, Guard Rails, dan Smart Routing untuk mereka bentuk dan bina sistem. Memang agen ni ‘makan’ token banyak dalam fasa pembelajaran, pembangunan, ujian, dan validasi awal - tapi penggunaan ini sementara, macam kos setup sebelum workflow automasi berjalan sendiri.

Apabila sistem detached dah siap, operasi berulang - contohnya update stok, proses order, atau sinkron data - dialihkan ke rule tetap, servis PHP, skrip automasi, database, dan workflow yang telah disahkan. Sistem tu boleh berjalan tanpa henti tanpa perlu LLM memproses setiap transaksi.

Akibatnya, penggunaan token bulanan boleh jatuh dari lebih kurang 32 bilion token kepada hanya 1.5–2 bilion token, kebanyakannya untuk pengecualian, kes yang tidak dikenali, penambahbaikan sistem, dan tugas yang benar-benar memerlukan AI. Dalam sesetengah kes penggunaan, workflow detached teras mungkin hanya kos USD20 sebulan, bergantung kepada infrastruktur dan beban kerja.

Keputusan utama:

Prinsip NeuralOps mudah:

Jangan guna lori kalau Kancil boleh selesaikan kerja. AI membina sistem. Selepas itu, sistem tu berjalan sendiri.

Terokai AINNA NeuralOps
🔐 Platform NeuralOps 🛠️ Pembina Agen AI ⚡ Sistem Berasingan 🧠 LLM Hub
Mohd Shafiq Haiqal

Mohd Shafiq Haiqal

Mohd Shafiq Haiqal manages Operasi E-Dagang at AINNA.

View profile →
Kongsi artikel ini
Article image
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.

AINNA NeuralOps System