Bukan AI Paling Besar Yang Kita Perlukan. Kita Perlu Infrastruktur AI Yang Pintar Untuk E-dagang.✎ Edit

👁 893 tontonan
Bukan AI Paling Besar Yang Kita Perlukan. Kita Perlu Infrastruktur AI Yang Pintar Untuk E-dagang.

Bukan AI Paling Besar Yang Kita Perlukan, Tapi Infrastruktur AI Yang Pintar Untuk Operasi E-dagang

Hari ini, kita sudah ada asas utama pertama: satu Sistem Berasingan yang matang, berjalan di atas arkitektur LAMP-based. Prinsip saya mudah - bukan setiap tugas dalam operasi e-dagang perlukan LLM. Validasi order, peraturan promo, rekonsiliasi stok dan SKU, kawalan aliran kerja, logik berulang dan banyak keputusan operasi harian boleh ditangani di luar model.

Dalam tempoh enam bulan lepas, walaupun platform keseluruhan masih separuh siap, kami sudah bina lebih kurang 250 Sistem Berasingan. Kos pembangunan keseluruhan hanya kurang USD200, termasuk eksperimen, pendekatan gagal, ujian berulang dan banyak silap. Bagi saya, ini bukti sistem perniagaan yang berguna - terutamanya untuk operasi marketplace dan inventori - tak semestinya perlukan modal besar.

Lapisan kedua yang sedang dibangunkan ialah modded AI agen dengan keupayaan Smart Routing. Berbanding menghantar setiap tugas automatik ke model paling besar yang ada, sistem ini direka supaya sentiasa mengenal pasti LLM terkecil dan paling murah yang boleh menyiapkan setiap tugas secara boleh harap.

Logiknya terus terang: tugas mudah → model kecil, tugas sukar → model kuat, tak perlu kecerdasan → Sistem Berasingan. Matlamatnya bukan sekadar kurangkan penggunaan token, tapi menjadikan infrastruktur AI mampan dari segi kos - guna kecerdasan hanya di tempat yang betul-betul memerlukannya.

Lapisan ketiga pula ialah specialised LLM models milik sendiri, direka khas untuk berfungsi bersama Sistem Berasingan kita. Kami sedang bereksperimen dengan 7 open-source LLM models sebagai asas. Hugging Face akan menjadi sebahagian daripada ekosistem teknologi kami, menyokong akses kepada ekosistem model open-source, dataset, alat latihan dan infrastruktur.

Tapi tiga perkembangan ini sebenarnya bertujuan kepada sesuatu yang lebih besar. Kami nak jadikan pembangunan sistem itu sendiri boleh diakses oleh pemilik PKS biasa, terutamanya perniagaan yang tak ada bajet besar, GPU sendiri, pasukan IT atau sumber teknikal.

Suatu hari nanti, makcik yang jual pisang goreng tepi jalan pun boleh jadi pembangun sistem untuk perniagaan sendiri. Dia cuma perlu cakap, “Urus stok saya, kira untung harian, pantau harga bahan, ingat pelanggan tetap dan bagitahu bila masa nak beli pisang lagi,” dan agen itu akan bantu rangka sistem di belakangnya.

Arah kami jelas: Sistem Berasingan → Smart Routing → Lowest Suitable LLM → Specialised Own LLM → Pembangunan Sistem Berbantu AI untuk Semua. Kos minimum ialah matlamat terdekat. Percuma adalah impian. Kami tak cuba bina AI paling besar; kami cuba buat AI dan pembangunan sistem jadi cukup kecil, cukup murah dan cukup mudah supaya PKS paling kecil pun boleh bina dengannya.

#AINNA #NeuralOps #HuggingFace #OpenSourceAI #LLM #AIInfrastruktur #SmartRouting #DetachedSystem #PKS #SystemDevelopment #Automasi

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Aina Malaysia

Simpan, sebab 2.

Farid Malaysia

Clear and short. Sharing kos pembangunan keseluruhan hanya kurang with my team.

Siti Malaysia

Honestly lebih kurang 2 250 caught me off guard.

Hafiz Malaysia

Masih fikir tentang 2.

Wei China

I read this twice. kami sudah bina lebih kurang is the part that stuck.

Artificial Intelligence

Article image
SmartCity Infrastruktur dan operasi bandar pintar berkuasa AI 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Robotics Robotik yang ditadbir di pinggir industri Perception → safety gateway → controller Terokai →
PKS AI Bina keupayaan kecerdasan buatan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) anda sendiri. 6 build tracks → in-house capability Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic Artificial Intelligence Author profile Haiqal AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

16 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.