July 14, 2026 · 2 minit baca

Masa Depan AI Bukan Model Lebih Besar. Ia Smart Routing + Sistem Berasingan.

👁 139 tontonan
Masa Depan AI Bukan Model Lebih Besar. Ia Smart Routing + Sistem Berasingan.

Article by Muhammad Firdaus Bin Nordin

Saya baru-baru ini terbaca satu komen yang berbunyi, “OpenClaw tak bagus untuk bisnes.”

Tapi pengalaman saya di lapangan sangat berbeza.

Dalam tempoh empat bulan lepas, saya jalankan OpenClaw pada setup yang paling ringkas: VPS murah dengan 2GB RAM, tanpa GPU, dan Ollama di atas langganan bajet. Bukan persekitaran enterprise. Bukan juga setup luar biasa.

Tapi dengan setup tu je, saya dah berjaya bina dan deploy lebih kurang 20 detached systems, bangunkan satu persekitaran e-commerce penuh yang urus lebih 80,000 SKU, buat landing page beranimasi, automasikan penghasilan artikel produk, dan sambungkan proses pembayaran melalui workflow berasaskan API macam platform pembayaran moden.

Kuncinya? Smart Routing dan Sistem Berasingan.

Smart Routing ni hantar setiap tugas ke model, tool, atau workflow yang sesuai, tanpa paksa satu model besar buat semua benda. Tugas mudah kekal ringan. Tugas kompleks baru dapat perhatian lebih bila perlu sahaja.

Sistem Berasingan ni lagi kritikal. Bukan agen AI kena jaga dan jalankan semua benda 24/7, tapi dia bina sistem bebas yang boleh beroperasi sendiri. Di situlah nilai bisnes sebenar mula terbentuk.

Apa yang saya perhatikan: cabaran sebenar jarang datang dari tool itu sendiri. Cabaran lebih besar ialah memahami cara urus agen behaviour, system architecture, workflow, dan jangkaan pengguna.

OpenClaw tak sempurna. Mana-mana platform pun sama.

Tapi selepas empat bulan bina sistem sebenar guna hardware minimum, saya boleh kata dengan yakin: nilai bisnes tu wujud bila platform ini dianggap sebagai tool pembangunan serius, bukan sekadar benda baru nak cuba-cuba.

Teknologi tu sama untuk semua orang.

Tapi hasilnya, tak semua sama.
Terokai AINNA NeuralOps
🔐 Platform NeuralOps 🛠️ Pembina Agen AI ⚡ Sistem Berasingan 🧠 LLM Hub
Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin handles Operasi & Pembangunan Perniagaan at AINNA.

View profile →
Kongsi artikel ini
Article image
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.

AINNA NeuralOps System