July 14, 2026 · 2 minit baca

AI Bertanggungjawab untuk Sistem ESG yang Lebih Baik

👁 80 tontonan
AI Bertanggungjawab untuk Sistem ESG yang Lebih Baik

Article by Muhammad Firdaus Bin Nordin


Penggunaan tenaga pusat data dijangka meningkat dari 415 TWh pada 2024 kepada 945 TWh menjelang 2030, dengan anggaran pelepasan CO₂ meningkat dari kira-kira 185 Mt kepada 421 Mt. Bagi pasukan operasi, angka ini jelas menunjukkan AI bukan sekadar perlu berkuasa - ia mesti cekap, terstruktur, dan dikawal dengan betul supaya tidak membebankan sumber, infrastruktur, dan bajet.

1. Detached AI
Dalam operasi harian, tidak semua proses perlukan AI. Tugas-tugas mudah lebih baik diselesaikan dengan automasi, formula, query pangkalan data, atau sistem berasaskan peraturan. Kita gunakan AI hanya di mana ia benar-benar memberi nilai tambah. Cara ini mengurangkan beban sistem yang tidak perlu, menjadikan workflow digital lebih efisien, dan menyokong ESG melalui penggunaan sumber yang lebih bijak serta disiplin operasi yang lebih baik.

2. Smart Routing
Setiap tugas perlu dihantar ke sistem yang tepat. Tugas ringan gunakan alat ringan; tugas kompleks baru guna model AI kuat bila perlu sahaja. Ini menghalang penggunaan sumber pengkomputeran tinggi secara berlebihan dan membolehkan sistem beroperasi dengan lebih efisien. Dalam konteks ESG, smart routing menyokong kecekapan tenaga, kawalan kos, dan penggunaan teknologi yang mampan.

3. Segmentation
Segmentasi bermaksud memecahkan kerja AI kepada bahagian yang lebih kecil dan jelas. Bukannya gunakan satu sistem AI besar untuk urus segala-galanya, setiap bahagian boleh fokus pada fungsi tertentu - membaca data, menyemak ketepatan, mengkategorikan maklumat, mencadangkan tindakan, atau menjana laporan. Sistem ini lebih mudah dipantau, diperbaiki, dan diaudit. Ia juga lebih telus, lalu menyokong governance dan akauntabiliti yang lebih baik.

4. Guardrails
Guardrails adalah sempadan yang mengekalkan kawalan dan tanggungjawab AI. Ini boleh merangkumi format output yang jelas, langkah pemeriksaan fakta, kawalan data sensitif, dan kelulusan manusia untuk keputusan penting. Guardrails memastikan AI menyokong pertimbangan manusia, bukannya menggantikannya sepenuhnya. Dalam ESG, perkara ini penting kerana AI yang bertanggungjawab mesti selamat, boleh dijelaskan, dan selaras dengan governance yang sewajarnya.

AI yang baik bukanlah tentang menggunakan AI di mana-mana sahaja. AI yang baik adalah tentang menggunakan AI dengan tujuan, kecekapan, tanggungjawab, dan kawalan yang betul.
Terokai AINNA NeuralOps
🔐 Platform NeuralOps 🛠️ Pembina Agen AI ⚡ Sistem Berasingan 🧠 LLM Hub
Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin

Muhammad Firdaus Bin Nordin handles Operasi & Pembangunan Perniagaan at AINNA.

View profile →
Kongsi artikel ini
Article image
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.

AINNA NeuralOps System