Dari Operasi ke Global: Membina Asas Infrastruktur AI Lintas Sempadan✎ Edit

👁 723 tontonan
Dari Operasi ke Global: Membina Asas Infrastruktur AI Lintas Sempadan

Dari sudut operasi, sama ada ada bantuan pihak berkaitan atau tidak, kami tetap terus membina asas untuk bawa AI kami merentas sempadan.

Kami memang tak malu pergi pitch sana sini. Kebanyakan masa, mungkin tak ada hasil kewangan, tapi hampir setiap orang yang kami pitch beri kami sesuatu yang bernilai - pengajaran, maklumat, pandangan pasaran, kenalan dan kadang-kadang arah baharu yang kami tak pernah fikir sebelum ini.

Saya selalu cakap dengan anak saya dan pasukan, dunia ini memang pelik.

Kadang-kadang kita tengok orang pitch tanpa objektif yang sangat jelas pun boleh dapat apa yang mereka nak. Itu rezeki masing-masing. Bukan bermakna dunia sengaja nak susahkan kita.

Jadi kami teruskan sahaja perjalanan.

Sasaran seterusnya kami adalah pasaran global, dan China antara pasaran yang kami sasar. Tapi kami nak masuk dengan prinsip berbeza - infrastruktur AI yang cekap, boleh skala, boleh ukur dan ESG dari awal.

Dengan NeuralOps, kami sedang membina arkitektur infrastruktur AI yang menyasarkan penggunaan tenaga sehingga 90% lebih rendah, serta mengurangkan keperluan air dan cecair pendingin dari infrastruktur komputasi berat.

Kami tak mahu benda ini jadi sekadar tuntutan pemasaran sahaja.

Kami malah membina kalkulator dan rangka kerja pengukuran sendiri untuk mengira baseline, penggunaan tenaga, keperluan infrastruktur dan penjimatan yang mungkin, supaya orang boleh mempersoal, menguji dan mengesahkan tuntutan kami.

Percubaan pertama kami yang betul-betul nyata akan berlangsung pada 2 September, untuk pitch Export Readiness Programme.

Dari semua syarikat yang pitch di sana, kami satu-satunya yang bawa produk Infrastruktur AI.

Bukan chatbot.

Bukan sekadar aplikasi AI.

Bukan hanya automasi.

Kami pitch infrastruktur itu sendiri melalui NeuralOps, Smart Routing, Sistem Berasingan, pemprosesan khusus, automasi, tadbir urus, arkitektur deployment, pengoptimuman sumber dan kecekapan AI.

Ini akan jadi ujian pertama kami untuk tengok bagaimana orang dan pasaran bertindak balas terhadap proposisi AI Infra kami untuk perluasan lintas sempadan.

Adakah kami akan dapat sesuatu daripadanya? Kami tak tahu.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi walaupun tak ada hasil kewangan, kami masih dapat maklum balas, maklumat, kenalan, pemahaman pasaran dan pengajaran tentang apa yang perlu diperbaiki sebelum pergi global.

Setiap pitch menambah satu lagi bahagian kepada asas kami.

Setiap penolakan mengajar kami sesuatu.

Setiap perbincangan memberi kami lebih banyak data.

Dan setiap peluang memberi kami ruang untuk menguji sama ada apa yang kami bina boleh bertahan di luar persekitaran sendiri.

2 September akan jadi ujian pertama kami yang sebenar.

Tiada jalan pintas. Tiada jaminan.

Kami terus membina, memperbaiki dan bergerak ke hadapan sehingga asas kami cukup kukuh untuk pergi global.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. Email diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Suda Thailand

ที่ทำงานกำลังเจอ90%อยู่พอดี มีประโยชน์

Miguel Philippines

Worth reading for kadang-kadang kita tengok orang pitch alone.

Liza Philippines

The section on tenaga sehingga 90% 90% is the strongest part for me.

NeuralOps & Seni Bina Sistem

Article image
BioResearch Kecerdasan penyelidikan mikrobiologi dan penyakit kanser 6 inputs → traceable research priorities Terokai →
SmartCity Infrastruktur dan operasi bandar pintar berkuasa AI 24 domains → one intelligent operating layer Terokai →
IC DesignOps Kebolehulangan, kebolehkesanan dan kecerdasan pengesahan 21 detached services → 85% without LLM Terokai →
Robotics Robotik yang ditadbir di pinggir industri Perception → safety gateway → controller Terokai →
Ekosistem AINNA

Teruskan meneroka selepas artikel ini.

Setiap halaman artikel hendaklah diakhiri dengan laluan yang jelas ke dalam ekosistem wIDer AINNA, Ejen dan NeuralOps.

Semasa topic NeuralOps & Seni Bina Sistem Author profile Firdaus AINNA Main ecosystem hab Agent Pusat ejen autonomi persendirian NeuralOps Automasi kecerdasan buatan dan sistem perniagaan Lead form Mula a pilot discussion
AINNA Agent AI

Laksanakan Ejen AI AINNA Kami

Linux ialah laluan teras, Windows disokong, dan AndroID / TeRMux berfungsi sebagai lapisan pendamping.

15 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://neuralops.bond/install | bash
Verify ainna --version
AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.