← Kembali ke Profil

Sunting Artikel

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Dalam logistik, saya biasa menilai kerja daripada ketepatan data, masa serahan dan disiplin proses—bukan semata-mata gaya penyampaian. Namun pada 2003, saya ke Dresden, Jerman, untuk belajar daripada seorang jurutera berijazah PhD.

Ada seorang jurutera lain antara kami yang bertindak sebagai penterjemah. Bahasa Inggeris mentor saya lemah, dan walaupun bercakap dalam bahasa ibundanya, dia tersekat-sekat dan sukar menyatakan maksudnya dengan jelas.

Saya ingat seorang pempengaruh Malaysia yang dikenali, bekas penjawat awam kanan, pernah berkata bahawa jika calon tersekat-sekat semasa temu duga, dia akan terus menolak calon itu tanpa menilai keupayaannya.

Dengan ukuran itu, mentor saya mungkin dianggap hanya layak bekerja sebagai pembersih di Malaysia.

Tetapi Alhamdulillah, mentor saya dilahirkan di Jerman.

Kesukaran komunikasinya tidak menghalang penyelidikannya daripada diiktiraf dan diterima.

Malah, penyelidikannya membantu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, termasuk jawatan yang saya pegang ketika itu sebagai Jurutera Reka Bentuk Micro-Electro-Mechanical Sistem (MEMS), mereka bentuk sensor mikroelektromekanikal.

Cancel

Enter Password

Kata laluan diperlukan untuk mengurus artikel.

AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.