← Kembali ke Profil

Sunting Artikel

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Pada 2003, saya ke Dresden, Jerman untuk belajar daripada seorang jurutera bertaraf PhD.

Ada seorang lagi jurutera di antara kami yang bertindak sebagai penterjemah. Bahasa Inggeris mentor saya lemah, dan walaupun bercakap dalam bahasa ibundanya, dia tersekat-sekat dan gagap untuk menyatakan maksud.

Saya ingat seorang influencer Malaysia yang terkenal, bekas pegawai tinggi kerajaan, pernah berkata jika calon gagap semasa temuduga, dia akan terus menolak calon itu tanpa menilai kebolehan mereka.

Ikut piawaian itu, mentor saya mungkin dianggap layak hanya untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan di Malaysia.

Tetapi Alhamdulillah, mentor saya lahir di Jerman.

Kesukaran komunikasi beliau tidak menghalang penyelidikan beliau daripada diiktiraf dan diterima.

Malah, penyelidikan beliau membantu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, termasuk jawatan yang saya pegang ketika itu sebagai Jurutera Reka Bentuk Micro-Electro-Mechanical Sistem (MEMS), mereka bentuk sensor mikroelektromekanikal.

Cancel

Enter Password

Kata laluan diperlukan untuk mengurus artikel.

AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.