← Kembali ke Profil

Sunting Artikel

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

GEO: Apabila Ranking Google Tidak Lagi Mencukupi

Selama bertahun-tahun, bisnes berlumba-lumba untuk sampai ke halaman pertama Google. Hari ini, permainan sudah berubah. Orang bukan lagi mencari melalui Google sahaja. Mereka terus bertanya kepada ChatGPT, Gemini, Perplexity, Copilot dan platform carian berkuasa AI yang lain.

Di sinilah GEO — Generative Enjin Optimization jadi penting. SEO lebih banyak bertanya, “Bagaimana website kami boleh rank lebih tinggi?” GEO bertanya, “Bagaimana AI boleh faham, percaya dan pilih brand kami sebagai sebahagian daripada jawapannya?” Ini satu perubahan besar.

Dalam dashboard marketplace, kita biasa pantau impression, klik dan conversion. Tetapi dalam era AI, ada website cantik atau publish banyak kandungan bukan lagi cukup. Sistem AI perlu faham siapa syarikat anda, apa kepakaran anda, produk dan servis apa yang anda tawarkan, industri mana anda ceburi, pasaran mana yang anda layan, dan bagaimana brand, founder, produk serta kepakaran anda saling berkait.

Sebab itu GEO bukan sekadar tentang keyword. Ia melibatkan struktur kandungan, entities, hubungan semantik, schema, internal linking, rujukan luar, authority dan maklumat yang boleh dibaca mesin. Sama seperti kita kemas data produk dan SKU dalam seller center supaya platform faham listing kita.

Kalau seseorang bertanya kepada AI, “Siapa yang menyediakan sistem AI untuk PKS di Malaysia?”, objektifnya bukan lagi sekadar muncul di Google. Objektifnya ialah AI mengenali syarikat anda, faham apa yang anda buat dan ada cukup isyarat dipercayai untuk pertimbangkan brand anda dalam jawapan yang dijana.

Inilah peralihan daripada Search Visibility kepada AI Visibility. SEO masih penting, tetapi kini ia sebahagian daripada strategi visibility digital yang lebih luas. Bisnes semakin perlu berfikir merentas tiga lapisan: SEO — Search Enjin Optimization, AEO — Answer Enjin Optimization, dan GEO — Generative Enjin Optimization.

Lima belas tahun lalu, struktur website, backlink, internal linking dan authority banyak mempengaruhi cara enjin carian memahami organisasi. Fundamental itu belum hilang. Bezanya hari ini, kita bukan lagi optimize untuk enjin carian sahaja. Kita sedang bina kehadiran digital yang boleh difahami mesin sebagai identiti organisasi yang lengkap.

Itulah sebabnya saya, dari sudut operasi e-dagang di AINNA, melihat GEO bukan sekadar trend pemasaran lain. Ia sedang menjadi sebahagian daripada infrastruktur digital untuk era AI.

Google perlu jumpa anda. AI perlu faham anda.

#GEO #GenerativeEngineOptimization #SEO #AEO #ArtificialIntelligence #AISearch #DigitalStrategy #DigitalMarketing #AIInfrastructure #BusinessStrategy

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.