← Kembali ke Profil

Sunting Artikel

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Seorang anggota pasukan kami baru graduasi pada Disember tahun lepas. AINNA ialah pekerjaan pertamanya, dan baru sekitar 3 bulan bekerja.

Dengan bantuan AINNA Agent AI, beliau berjaya membangunkan sistem kewangan yang lengkap — sistem yang kemudiannya dinilai pada TRL9 melalui MOSTI, tahap tertinggi dalam Teknologi Readiness Level.

Dalam kerja saya di Logistik Operasi dan R&D, saya menilai sistem dari sudut operasi: boleh dibina, dipasang, dipantau, dan diskalakan. Jadi yang menarik bukan sistem kewangan itu semata-mata.

Tetapi siapa yang mampu membangunkannya, dan berapa cepat keupayaan itu boleh diperoleh apabila manusia bekerja bersama Agent AI.

Di sebuah majlis anjuran Kedutaan Arab Saudi baru-baru ini, saya berkata kepada seorang kenalan yang baru saya temui:

Kelak, untuk sesetengah sistem dalam industri manufacturing, mungkin graduan Chemical Engineering lebih mudah membangunkan sistem IT untuk kilang berbanding graduan IT yang tidak memahami proses manufacturing.

Bukan kerana Chemical Engineer lebih pandai coding.

Tetapi kerana coding semakin murah dan semakin mudah dilakukan oleh AI.

Chemical Engineer sudah memahami process flow, pressure, temperature, chemical reaction, pump, valve, safety, quality dan apa yang sebenarnya berlaku di production floor.
Agent AI pula boleh membantu mereka membina database, dashboard, API, automation, monitoring system dan application.

Jadi persoalan masa depan mungkin bukan lagi:
“Siapa paling pandai coding?”

Tetapi:
“Siapa paling memahami masalah sebenar yang perlu diselesaikan?”

AI tidak menghapuskan kepentingan IT. Dalam operasi logistik, sistem yang baik tetap perlukan disiplin operasi, data yang bersih, dan pemahaman proses.

Tetapi ia mungkin mengubah kedudukan IT daripada orang yang membina semuanya kepada enabler yang membolehkan domain expert membina sesuatu dengan jauh lebih cepat.

Dan mungkin inilah cabaran sebenar generasi akan datang:
Apabila technical barrier semakin rendah, domain knowledge, problem solving dan kemampuan memahami dunia sebenar akan menjadi semakin mahal.
Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
KLIK SAYA
Rotating Earth

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.