← Kembali ke Profil

Sunting Artikel

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Para pemilik PKS dan usahawan, saya membina AINNA dari bawah dan satu perkara yang saya pegang ialah teknologi paling bermakna apabila ia membuka peluang kepada lebih ramai orang. Seorang ahli pasukan kami baru bergraduat pada Disember tahun lepas. AINNA ialah pekerjaan pertamanya, dan beliau baru sekitar 3 bulan bekerja.

Dengan bantuan AINNA Agent AI, beliau berjaya membangunkan sebuah sistem kewangan yang lengkap — sistem yang kemudiannya dinilai pada TRL9 melalui MOSTI, tahap tertinggi dalam Teknologi Readiness Level.

Apa yang membuat saya bangga bukan sekadar sistem itu.

Tetapi siapa yang kini mampu membinanya, dan betapa pantas keupayaan itu boleh dikuasai apabila manusia bekerja bersama Agent AI.

Di sebuah majlis anjuran Kedutaan Arab Saudi baru-baru ini, saya sempat berkongsi satu pandangan dengan seorang kenalan baharu:

Pada masa hadapan, untuk sesetengah sistem dalam industri manufacturing, mungkin graduan Chemical Engineering lebih mudah membangunkan sistem IT untuk kilang berbanding graduan IT yang tidak memahami proses manufacturing.

Bukan kerana Chemical Engineer lebih pandai coding.

Tetapi kerana coding semakin murah dan semakin mudah dilakukan oleh AI.

Chemical Engineer sudah memahami process flow, pressure, temperature, chemical reaction, pump, valve, safety, quality dan apa yang sebenarnya berlaku di production floor.
Agent AI pula boleh membantu mereka membina database, dashboard, API, automation, monitoring system dan application.

Jadi soalan masa depan mungkin bukan lagi:
“Siapa paling pandai coding?”

Tetapi:
“Siapa paling memahami masalah sebenar yang perlu diselesaikan?”

AI tidak menghapuskan kepentingan IT.

Tetapi ia mungkin mengubah kedudukan IT daripada orang yang membina semuanya kepada enabler yang membolehkan domain expert membina sesuatu dengan jauh lebih cepat.

Dan mungkin inilah cabaran sebenar generasi akan datang:
Apabila technical barrier semakin rendah, domain knowledge, problem solving dan kemampuan memahami dunia sebenar akan menjadi semakin bernilai.
Cancel

Enter Password

Kata laluan diperlukan untuk mengurus artikel.

AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.