Majoriti sistem ESG hari ini berhenti pada peringkat mengumpul data, mengukur prestasi dan menjana laporan.
Langkah seterusnya lebih praktikal: guna data operasi masa nyata untuk membantu kilang itu sendiri beroperasi dengan lebih cekap.
Bayangkan satu AI agen yang disambung, melalui sistem industri terkawal, kepada sensor, flow meter dan pam.
Daripada sekadar merekod berapa banyak air yang telah digunakan, sistem boleh memahami:
-
permintaan pengeluaran sebenar
-
kadar aliran air semasa
-
keperluan proses
-
corak penggunaan sejarah
-
penggunaan tidak normal
Kemudian, dalam had kejuruteraan dan keselamatan yang telah ditetapkan, ia boleh membantu mengawal selia aliran air mengikut apa yang proses itu benar-benar perlukan. Dari sudut kejuruteraan, ini bukan sekadar dashboard - ini satu gelung kawalan tertutup (closed-loop) yang setpoint-nya dilaraskan secara dinamik, bukan ditetapkan sekali kemudian dibiarkan berjalan sendiri.
Permintaan Pengeluaran → Sensor → Ejen AI → Tindakan Terkawal → Maklum Balas
Prinsip yang sama boleh digunakan untuk penggunaan tenaga, penyejukan, penggunaan bahan, sisa dan kecekapan mesin.
Ini mengubah ESG daripada:
Melaporkan apa yang sudah berlaku
kepada
Memahami apa yang sedang berlaku
dan akhirnya
Bertindak semasa ia sedang berlaku.
Prinsipnya mudah:
ESG bukan sekadar mengukur kelestarian.
Ia patut membantu operasi menjadi lebih lestari dalam masa nyata.
Di situlah Agent AI boleh benar-benar berguna dalam pembuatan.
#ESG #AgentAI #Pembuatan #IndustrialAI #Kelestarian #SmartManufacturing #Automasi