← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Dengan atau tanpa bantuan mana-mana pihak berkaitan, kami tetap terus membina asas operasi untuk perluasan merentas sempadan.

Kami memang tak malu pitch sana sini. Kebanyakannya mungkin takde hasil kewangan, tapi hampir setiap orang yang kami pitch bagi kami sesuatu yang bernilai — lesson, maklumat, pandangan pasaran, contact dan kadang-kadang arah baharu yang kami tak pernah fikir sebelum ini.

Saya selalu bagitahu pasukan saya, market ni pelik.

Kadang-kadang kita tengok orang pitch tanpa objektif yang sangat jelas pun boleh dapat apa yang dia nak. Itu rezeki dia. Bukan maknanya dunia sengaja nak susahkan kita.

Jadi kami teruskan je.

Target seterusnya kami adalah global, dan China antara pasaran yang kami sasar. Tapi kami nak masuk dengan prinsip lain — operasi e-dagang yang cekap, scalable, boleh diukur dan ESG dari awal.

Dengan NeuralOps, kami membina arkitektur operasi yang mensasarkan sehingga 90% penjimatan kos operasi, dan juga mengurangkan pembaziran sumber dari proses inventori, fulfillment dan pengurusan marketplace yang berat.

Kami taknak ini jadi marketing claim semata-mata.

Kami malah bina kalkulator dan framework pengukuran sendiri untuk kira baseline, kos operasi, keperluan infrastruktur e-dagang dan penjimatan potensi, supaya orang boleh persoalkan, uji dan sahkan apa yang kami dakwa.

Percubaan pertama kami akan berlangsung pada 2 September, untuk pitch Program Kesediaan Eksport.

Dari semua syarikat yang pitch di sana, kami satu-satunya yang bawa produk operasi e-dagang merentas sempadar.

Bukan chatbot.

Bukan sekadar aplikasi AI.

Bukan hanya automation.

Kami pitch infrastruktur operasi itu sendiri melalui NeuralOps, Smart Routing, Detached Systems, pemprosesan khusus, automation, governance, deployment architecture, resource optimisation dan kecekapan AI.

Ini akan jadi ujian pertama kami untuk tengok macam mana orang dan pasaran react kepada proposisi operasi e-dagang kami untuk perluasan merentas sempadan.

Adakah kami akan dapat sesuatu daripadanya? Kami tak tahu.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi walaupun takde hasil kewangan, kami masih dapat feedback, maklumat, contacts, pemahaman pasaran dan lesson tentang apa yang perlu kami improve sebelum go global.

Setiap pitch tambah satu lagi kepingan pada asas kami.

Setiap penolakan ajar kami sesuatu.

Setiap perbualan bagi kami lebih banyak data.

Dan setiap peluang benarkan kami uji sama ada apa yang kami bina boleh survive di luar environment kami sendiri.

2 September akan jadi ujian pertama kami.

Tiada shortcut. Tiada jaminan.

Kami hanya terus bina, improve dan move forward sehingga asas cukup kukuh untuk go global.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.