← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Penambahan cabang baharu dalam perniagaan memerlukan kami turun ke Lembah Klang boleh dikatakan hampir setiap minggu untuk menghadiri pelbagai program, perbincangan dan sesi berkaitan perniagaan.

Ada masanya dari pagi sampai petang. Ada juga 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, SME Corp, EXIM Bank dan pelbagai lokasi lagi.

Kalau tak sertai, kami mungkin ketinggalan banyak maklumat, peluang, networking dan perkembangan penting dalam dunia perniagaan. Jadi nak tak nak, memang kena pergi.

Sepanjang tempoh ini, rasanya hampir semua jenis penginapan kami dah cuba — daripada hotel tanpa bintang sampailah hotel 5 bintang. Ada yang menggunakan perbelanjaan sendiri, ada juga yang ditanggung penganjur.

Kalau dikira, mungkin sudah beratus bilik hotel yang pernah kami diami. Homestay pun rasanya tak kurang daripada 20 tempat.

Tapi daripada semua cara saya pernah bermalam, yang paling saya suka sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun macam-macam.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran tol plaza, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan parking yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang sampai lewat malam, esok pagi pula ada program lain. Daripada cari hotel semata-mata untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan jadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Tak pasti kenapa, setiap kali memilih untuk tidur dalam kereta, rasa terujanya lain macam.

Mungkin sebab saya memang sukakan aktiviti outdoor.

Saya bernasib baik menggunakan SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza antara aircond dipasang atau tidak agak kecil. Untuk sekitar 8 jam, kos diesel biasanya tak sampai RM10.

Ruang kecil pula menyebabkan aircond cepat sejuk. Ada masanya sampai menggigil.

Tentulah tidur dalam kereta ada risikonya, terutama berkaitan pengudaraan dan exhaust. Sebab itu saya biasanya pastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman itu tetap mempunyai satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan outdoor.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri sudah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa ada pendaki lain di kawasan tersebut.

Mungkin sebab itu, walaupun sudah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, apabila diberi pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang hotel 5 bintang pun susah nak lawan.

Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu, kemewahan bukan perkara yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perjalanan, cabaran, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgah, dan cerita yang datang bersamanya.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.