← Kembali ke Profil

Sunting Artikel

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Dari sudut operasi logistik kami di AINNA, Ejen AI kini telah berjaya diubah suai dan dibangunkan berdasarkan arkitektur AINNA NeuralOps yang semakin matang, dibentuk melalui penggunaan dunia nyata, penerokaan model, berbilion token, dan pengoptimuman berterusan untuk menyokong pengurusan inventori, pemilihan laluan, dan pemprosesan pesanan secara lebih cekap.

Dalam konteks operasi logistik, ini bukan sekadar chatbot atau ejen yang disambungkan terus ke LLM.

Arkitektur ini menggabungkan Smart Routing, pemprosesan khusus, sistem berasingan, lapisan validasi, dan penggunaan LLM yang terkawal supaya AI hanya digunakan apabila benar-benar diperlukan — sama ada untuk mengurus data SKU, mengoptimumkan laluan penghantaran, atau memvalidasi keputusan operasi.

Prinsip operasi kami mudah:

AI perlu tahu bila perlu berfikir, bila perlu melaksanakan, dan bila tidak perlu menggunakan AI langsung.

Insya-Allah, sistem ini akan dilancarkan selepas sesi pitching kami yang akan datang di hadapan YTM Raja Muda Selangor.

Ini juga antara perkara utama yang kami akan bentangkan — bagaimana AINNA NeuralOps boleh menjadi asas infrastruktur AI yang lebih cekap, terkawal, boleh skala, dan praktikal untuk operasi PKS serta organisasi sebenar, terutamanya dalam aspek logistik dan rantaian bekalan.

Berperingkat, NeuralOps semakin menjauhi daripada sekadar konsep.

Ia sedang menjadi infrastruktur AI yang boleh beroperasi dalam persekitaran logistik sebenar — dari gudang hingga penghantaran.

#AINNA #NeuralOps #AIAgent #AgenticAI #AIInfrastructure #EnterpriseAI #Automasi #DigitalTransformation #MalaysiaAI

Cancel

Enter Password

Kata laluan diperlukan untuk mengurus artikel.

AINNA
KLIK SAYA

Seksyen Laman

Tiada data seksyen tersedia buat masa ini.

Laman dengan seksyen terdokumen akan dipaparkan di sini.