← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Alhamdulillah. Satu lagi babak besar dalam perjalanan AINNA.

Daripada 50 syarikat, AINNA telah terpilih sebagai antara 10 syarikat yang akan membuat pitching di hadapan YTM Raja Muda Selangor menerusi program SAY ASPIRE.

Lebih bermakna, AINNA akan berada di samping sembilan syarikat terpilih yang masing-masing membawa kekuatan dan pencapaian tersendiri — termasuk sebuah syarikat yang merupakan pemenang program DeepX oleh SIDEC pada tahun lalu.

Bagi saya, peluang ini bukan sekadar tentang pitching atau pertandingan. Ia adalah peluang untuk membawa satu misi yang saya percaya boleh memberi impak lebih besar kepada Malaysia dan para usahawan.

Melalui NeuralOps, AINNA sedang membangunkan pendekatan AI yang memberi fokus kepada Sovereign AI, model distillation, kecekapan pemprosesan dan ESG.

Pendekatan ini memanfaatkan model-model AI yang lebih besar dan berkeupayaan tinggi sebagai teacher models dalam proses distillation, sebelum pengetahuan tersebut dipindahkan kepada model yang lebih kecil, lebih specialised dan lebih efisien untuk deployment.

Matlamat akhirnya bukan untuk bergantung selamanya kepada AI luar, tetapi membina intelligence yang boleh dikawal, dioptimumkan dan dihoskan sendiri — dengan lebih banyak kawalan terhadap data, model, infrastructure dan inference.

Melalui kombinasi AI distillation, smart routing, specialised processing dan detached systems, pasukan AINNA telah berjaya mengurangkan penggunaan sumber pemprosesan sehingga sekitar 90% bagi workload tertentu.

Bagi saya, masa depan AI bukan sekadar membina model yang semakin besar.

Ia tentang bagaimana kita membina AI yang lebih cekap, lebih specialised, lebih bertanggungjawab, lebih sustainable dan lebih sovereign.

Less processing. Less energy. More control. Better intelligence. Better world.

Insya-Allah, saya dan pasukan AINNA akan membawa visi AINNA dan NeuralOps sebaik mungkin di pentas SAY ASPIRE, sambil belajar dan berkembang bersama syarikat-syarikat hebat lain yang turut terpilih.

Dari sebuah SME Malaysia, menuju Sovereign Intelligence untuk dunia yang lebih baik. 🇲🇾

#AINNA #NeuralOps #SAYASPIRE #SovereignAI #AIDistillation #ModelDistillation #ArtificialIntelligence #SIDEC #DeepX #ESG #SustainableAI #MalaysiaAI #AIInnovation #DigitalTransformation

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.