← Back to Profile

Edit Article

Upload cover image (JPG, PNG, WebP, max 5MB) automatically compressed to WebP

Current image

Alhamdulillah, semalam saya berpeluang menghadiri perbincangan setengah hari di TM Building mengenai perkhidmatan GPU Server dan VPS Server oleh TM yang akan menyokong perjalanan pelanggan AINNA NeuralOps.

Perbincangan tersebut merangkumi aspek teknikal dan komersial yang penting dalam memenuhi keperluan perniagaan pelanggan — antaranya pemilihan model LLM, ketersambungan VPN antara VPS dan LLM Server, kos operasi, prestasi sistem, serta pendekatan untuk mengurangkan beban penyelenggaraan infrastruktur.

Kami mencapai beberapa persetujuan awal dari sudut kos dan teknikal, terutamanya bagi memastikan infrastruktur yang dibina nanti lebih stabil, selamat, skalabel, dan sesuai untuk menyokong pembangunan sistem AI serta operasi NeuralOps secara praktikal untuk PKS Malaysia.

Ini adalah langkah penting AINNA dalam membina ekosistem AI yang bukan sekadar mengikut tren semasa, tetapi benar-benar dapat digunakan, dikawal, dan memberi nilai sebenar kepada operasi perniagaan pelanggan kami.

Cancel

Enter Password

Password required to manage articles

AINNA
CLICK ME
Rotating Earth

Site Sections

No section data available yet.

Sites with documented sections will appear here.