Upload cover image (JPG, PNG, WebP)

Dari sudut operasi dan pembangunan perniagaan, kami dah nampak AI Agent AINNA NeuralOps berubah menjadi lebih matang dan praktikal untuk kegunaan harian. Ia dibentuk berdasarkan pengalaman sebenar di lapangan, eksperimen model, berbilion token, dan penyelarasan berterusan supaya bisnes boleh guna AI tanpa membazir sumber.
Ini bukan sekadar chatbot atau agent yang disambung terus ke LLM.
Arkitekturnya menggabungkan Smart Routing, pemprosesan khusus, sistem yang dipisahkan, lapisan pengesahan, dan penggunaan LLM yang terkawal supaya AI hanya digunakan bila memang perlu.
Prinsip kami mudah:
AI kena tahu bila nak fikir, bila nak jalankan tugas, dan bila tak payah guna AI langsung.
Insya-Allah, sistem ini akan dilancarkan selepas sesi pitching kami di hadapan YTM Raja Muda Selangor.
Ini juga antara perkara utama kami akan tekankan — bagaimana AINNA NeuralOps boleh jadi asas infrastruktur AI yang lebih cekap, terkawal, boleh skala, dan praktikal untuk operasi SME serta organisasi sebenar.
Sedikit demi sedikit, NeuralOps dah tak sekadar konsep.
Ia sedang menjadi infrastruktur AI yang boleh dijalankan.
#AINNA #NeuralOps #AIAgent #AgenticAI #AIInfrastructure #EnterpriseAI #Automation #DigitalTransformation #MalaysiaAI
Basic Package
Special SME traction programme by AINNA.
Every package includes a Basic AI Agent for website governance, content assistance and article management.
View SME Offer →